⁹ 「28 Julai : Live Performance」

17 4 6
                                    

28 Julai

【8:00 am】

Aku tengah sedap tidur masa ini. Selimut hotel menyelaputi diri aku. Tengah enak tidur datang pula malaon bawa mimpi ngeri.

Cackle : "Selamat pagi, Catz!"

Vector : "Selamat pagi, Catz!"

Bingit telinga aku dua ekor beruk ini jerit pada telinga aku. Ada juga yang mati tertelan selipar selepas ini. Geram aku dengan dia orang ini!

Catz : "Apa masalah kau orang berdua ini?"

Serentak aku luku kepala Cackle dan Vector. Buat terkejut aku sahaja dia orang ini. Memang nak buat aku mati awal ke apa?

Cackle : "Aduh.... Sakit."

Xiwen : "Hahahahh.... Padan muka. Cari fasal lagi kau orang."

Hari ini merupakan tarikh yang mana kita orang kumpulan Xros akan membuat performance live di sini. Ikut rehearsal semalam, persembahan akan dimulakan dengan aku membuat performance single dahulu. Sesudah itu, terus masuk lagu Xros terbaru.

Maka aku pun dengan separa sedarnya berjalan ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Kali ini aku tidak lupa untuk mengunci pintu. Seperti biasa, baju aku sentiasa simple. T-shirt dengan seluar slack. Standardlah. Itu memang style aku. Nak havoc-havoc stylo bagai nak ke mana kan?

Akan tetapi disebabkan aku ini jenis yang simple, maka setiap kali nak buat performance, baju aku mesti yang paling meriah. Uhuhuhh.... Apalah nasib aku ini?

【7:30 pm】

Kita orang kumpulan Xros sudah berada di bilik persiapan. Nak make up, grooming, inilah masa ini. Ketika ini, kita orang semua akan di layan seperti anak raja. Tidak boleh bagi kita orang berpeluh walaupun sedikit. Special kan?

Seperti yang aku pernah bagitahu, disebabkan aku ini seorang yang simple maka penampilan aku di atas stage mesti yang paling menyerlah. Kau tengoklah dia orang sarungkan aku baju apa?

 Kau tengoklah dia orang sarungkan aku baju apa?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lain macam aku lihat diri aku di cermin. Namun aku perlu bersyukur kerana aku pernah pakai baju yang lebih dahsyat daripada ini.

Ada ke patut dia orang suruh aku pakai korset di luar sewaktu performance aku sebelum-sebelum ini? Aku tahulah pinggang aku ini kecil. Akan tetapi sampai perlu pakai korset di luar baju lain macam rasanya.

Ada juga aku pernah kena pakai baju yang memang design senteng. Sengaja menampakkan abs mahal aku. Uhuhuhh.... Namun apakan daya? Sudah dalam contract aku kena akur pakaian apa yang telah pihak produksi sediakan.

Sekarang ini sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Ada lagi sejam setengah sebelum persembahan bermula. Aku sekarang ini, kiri kanan, depan, belakang kru Red Arrow sedang halakan kipas dekat aku. Ada yang siap tolong lapkan peluh lagi. Anak raja sungguh aku ini.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now