²⁵ 「8 November : Xros Berpecah, Aku Hilang Kawan」

19 5 2
                                    

8 November

【10:30 am】

Aku kembali sibuk dengan program-program media. Akhirnya aku dapat semula vibe yang sudah lama aku rindu. Lumrah manusia, biasalah. Mesti ada isu yang dibangkitkan.

"Adakah Catz di pecat dari Red Arrow Entertainment?"

"Xros berpecah ke sekarang?"

"Catz bergerak solo ke sekarang?"

Ya.... Itulah soalan yang tak habis-habis di putar pada bibir netizen. Ibarat tape radio yang di ulang-ulang pada telinga.

【12:00 pm】

Catz : "Haa...."

Aku terjelepuk di atas tilam. Letih sangat badan ini. Ikutkan mahu sahaja aku tidur sepanjang hari. Malangnya, aku tak boleh berbuat sedemikian kerana Stevan tiba-tiba rempuh bilik aku.

Stevan : "Abang! Jom teman saya makan."

Stevan selamba goncang-goncang badan aku. Aku tengah lemau sangat-sangat ini.

Catz : "Stevan.... Aku letih sangat ini."

Stevan : "Tapi saya lapar.... Abang...."

【2:30 pm】

Stevan : "Wah, jemput makan...."

Tak fasal-fasal aku kena heret dengan si Stevan ini. Jenuh akulah. Terpaksalah aku layankan budak terencat seekor ini.

Stevan : "Abang tak makan ke?"

Catz : "Aku letih dan aku malas."

Stevan : "Alaa, abang. Makanlah. Ini kapal terbang datang...."

Stevan sengaja acukan sesudu hidangan dia ke arah aku. Aku ini sudahlah tak ada mood. Fikir aku adik dia ke?

Catz : "Stevan.... Aku tak naklah!"

Stevan : "Ehehh.... Tenang. Saya bergurau sahaja. Jangan marah-marah."

Catz : "Urgh...."

Aku dan Stevan kembali membuat hal masing-masing. Aku hanya khusyuk bermain telefon bimbit. Tidak lama kemudian, Stevan menegur seseorang.

Stevan : "Eh, kak!"

Aku masih khusyuk melihat telefon bimbitnya kerana aku tak rasa aku tahu manusia yang Stevan tegur itu. Budak Stevan itu dengan semua orang dia boleh tegur. Cumanya aku terkejut yang manusia kali ini, manusia yang aku cuba untuk lupakan.

Mint : "Stevan.... Lama tak berjumpa."

Mendengar sahaja suara Mint, aku lagi rasa tak senang duduk. Aku nak lari daripada sini. Hanya berlakon seolah-olah aku tak kenal dia.

Stevan : "Abang Catz. Kenalkan, Kak Mint."

Stevan pergi kenalkan aku kepada Mint pula.... Aku rasa nak lepuk sahaja kepala dia ini.

Catz : "Y... ya. Aku sudah kenal dia dululah."

Stevan : "Oh, ye ke? Hahahh...."

Aku dan Mint, kita orang berdua tak membuat eye contact. Masing-masing tengah mood untuk move on aku rasa. Aku sayang kau tetapi jikalau kau yang tak nak lagi bersama, aku rela untuk melepaskan kau walaupun pahit.

Mint : "Eh, tak mengapalah, Stevan. Saya rushing sedikit. Ada hal."

Kelam kabut Mint berjalan pergi daripada situ. Ini mesti dia nak lari daripada aku. Hmm....

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now