²⁸ 「31 December : Tyler」

17 5 4
                                    

31 December

【7:30 pm】

Kumpulan Xros sedang mengemas untuk majlis sambutan tahun baru. Kami di rumah Manager Ichiya. Aku pun sudah kembali berkhidmat di bawah agensi Red Arrow Entertainment, maka aku lebih ke sini berbanding ke StarLite Ent.

Vector : "Kerana, kerana kau duniaku terlepas~"

Vector ini kalau tak menyanyi sambil buat kerja, bukan dialah itu. Nasib baik suara dia memang sedap. Kalau tak, mahu makan pinggan dengan aku.

Vector : "Catz, sambung nyanyi!"

Ini yang aku tak suka.

Catz : "Aku tak nak. Kau menyanyilah seorang."

Vector : "Alaa, Catz...."

【8:15 pm】

Kita orang sudah selesai mengemas. Sekarang, masa untuk makan. Bagus, perut aku sudah lapar sangat ini.

Ichiya : "Jemput makan, semua."

Aku tak nafikan yang jamuan kita orang tidak mengecewakan. Makanan pun sedap. Aktiviti pun smooth sahaja. Cuma satu sahaja yang aku tak berkenan. Mostly antara dia orang separa sedar. Kenapa? Dia orang drunk. Maka aku yang tak minum alkohol dibiarkan sendirian.

Cackle : "Catz.... Kau tak nak minum ke?"

Catz : "Tak nak. Aku sudah trauma nak minum benda yang akan menghilangkan kewarasan akal."

Selamba aku berdiri. Tak nak aku duduk dengan dia orang buat sementara ini. Bahaya.

Cackle : "Catz, kau nak ke mana?"

Catz : "Nak ambil angin malam sekejap."

Lalu aku berjalan meninggalkan mereka. Seingatnya aku hanya duduk di luar seketika. Namun siapa sangka satu tragedi berlaku kepada aku.

Catz : "Urf-!"

Ada seseorang menekup mulut dan hidung aku di saat aku sedang mengambil angin di luar. Tak. Siapa punya angkara ini? Ianya nak masuk tahun baru....

Puas meronta namun tenaga aku lemah tanpa oksigen. Aku tahu kalau aku bernafas, aku akan tidur. Betul. Aku mula samar-samar apabila aku terhirup sedikit bau pada kain yang menekup hidung aku itu. Not good.... Tolong aku.

【••••】

Catz : "Nngh...."

Kepala aku terasa berat. Siapa? Di mana? Apa yang telah berlaku?

"Tutup matanya."

Aku terdengar suara yang agak familiar. Namun tak sempat untuk aku melihat siapakah gerangan manusia itu, mata aku di tutup dengan kain perca. Diikatkan kain perca itu dengan ketat sehingga sakit kepala aku. Punyalah tak nak aku melihat siapa dirinya. Takut aku report kepada polislah itu. Dasar pengecut.

Catz : "Ack! Kau tak perlu ikat sebegini ketat."

"Hehehh.... Kau ini berani juga ya tonjol muka lagi selepas apa yang telah berlaku?"

Suara lelaki ini. Aku kenal lelaki ini! Cumanya aku tak ingat siapa. Yang pasti aku kenal suara ini. Siapa dia ini...? Aku mula rasa tertekan apabila aku tidak dapat fikirkan satu nama pun pada ketika itu.

Catz : "Kau siapa? Apa yang kau mahukan?"

Aku terbaring di atas tilam. Dapat rasa ianya memang tilam. Namun kedua-dua tangan aku tergantung. Mungkin di ikat pada tiang katil?

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now