4 Ogos
【7:30 am】
Aku dan Mint, kami berdua masih terperuk di atas katil. Kami berdua ambil cuti hari ini. Mint sibuk tolong uruskan perniagaan aku dan aku sibuk kerja sebagai idol.
Ah, kenapa Mint yang tolong uruskan perniagaan aku itu? Sebab dia diberhentikan daripada agensi. Samalah seperti Red Arrow Entertainment. Perjanjiannya ialah tidak boleh berkahwin atau ada skandal.
Hari ini pula merupakan hari penat kami. Memang dah lama kami tak luangkan masa bersama. Balik-balik kerja hanya untuk berehat sahaja. Tak ada masa untuk bersama pun. Jadi jangan mengharapkan baby daripada kami ya? Bukan tak nak, tetapi tak sempat.
Mint : "Hmm.... Honey, dah pagi."
Lembut Mint mengejutkan aku tidur. Sayangnya, aku tak rasa nak bangun lagi.
Catz : "Hari ini cuti, sayang. Marilah kita tidur lagi...."
Mint : "Penat betul honey boo saya ini."
Mint bermain dengan umbun rambut aku. Aku hanya nak tidur sahaja sekarang ini. Bukan selalu aku dapat cuti begini.
Mint : "Honey...."
Catz : "Ya?"
Mint : "Dah hampir setahun kita berkahwin kan?"
Haa, pula. Apa yang dia nak cuba sampaikan ini? Layankan sahajalah....
Mint : "Awak janji selepas dapat restu mak, awak nak bagi saya baby."
Here's she come. Dah mulalah dengan soalan maut.
Catz : "Sayang.... Saya letih sangat-sangat ini. Bagilah saya tenaga sedikit."
Mint : "Asyik letih sahaja...."
Catz : "Lagipun bukannya saya tak cuba. Saya dah pernah cuba. Mungkin tak ada rezeki lagi agaknya?"
Mint : "Hmm.... Saya tak subur ke ini?"
Eh? Alamak.... Aku tersalah cakap ke?
Catz : "Sayang.... Kenapa awak macam tergesa-gesa nak baby ini? Sebelum ini, okey sahaja?"
Mint : "Urm.... Sebab mak."
Aku sepatutnya boleh teka itu.
Mint : "Dia bising dah, kata Abang Danial tak bagi dia cucu. Sekarang ini, dia nak bebel lagi sebab saya tak bagi dia cucu."
Makcik-makcik ini memang perangainya gelojoh ya? Aku dan Mint ini kerja. Bukannya tak ada kerja duduk rumah nak bagi dia orang cucu sahaja. Apakah ini?
Catz : "Nantilah kita fikirkan bagaimana."
Tak sempat aku nak sambung tidur, pintu rumah dah ada orang ketuk. Kacau daun betullah.
Mint : "Biar saya buka pintu."
Hilang Mint di sebelah aku. Geram pula aku dengan siapa yang datang sekarang. Tak boleh nak geram-geram sangat sebab yang datangnya mak mertua aku sendiri.
Mint : "Mak. Mak buat apa ini?"
Pn. Ros : "Aku nak datang melawat pun tak boleh ke?"
Mendengar Mint sedang berbual dengan maknya, tak akan aku nak duduk sahaja dalam bilik kan? Tak sopan pula. Maka terkial-kiallah aku bangun daripada katil.
Haih.... Kenapa ada sahaja orang datang masa aku ambil cuti begini? Macam tahu-tahu sahaja aku tengah cuti.
'Tap.... Tap.... Tap....'
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...