4 September
【5:40 am】
Aku bangun seawal yang mungkin untuk tenangkan fikiran di taman tidak jauh daripada dewan pusat budaya. Kepala aku sangat memerlukan ketenangan daripada syaitan tak guna itu.
Malangnya sejauh mana pun aku pergi, masalah itu tetap tidak akan selesai. Tengah aku serabut, tiba-tiba ada orang menepuk bahu aku dari belakang. Mahu tak melompat aku di situ? Sudahlah awal pagi buta. Ingatkan aku seorang sahaja yang ada di situ. Rupanya ada juga manusia lain.
Sekilas aku memandang ke arah manusia yang berada di belakang aku itu. Muka macam aku kenal.... Reaksi dia pun bukanlah calang-calang.
"Ianya memang kaulah, Catz!"
Sayangnya aku tak ingat kau. Nak bagitahu tetapi aku tak sampai hatilah pula. Yang bagusnya, muka dia sekali terpinga-pinga tengok aku. Obvious sangat agaknya muka aku ini nak ingat balik dia ini siapa.
"Kau tak ingat ya?"
Perlahan lelaki itu bertanyakan soalan itu. Benda betul, kenallah jujur kan?
Catz : "Maaf. Aku tak berapa nak ingat."
"Tak mengapalah. Benda sudah berapa tahun kita tak jumpa. Aku pun sudah tukar nombor telefon. Aku Joeylah. Tak ingat ke?"
Joey? Joey mana ya?
Muka terpinga-pinga aku masih lagi tidak dapat disorokkan.
Joey : "Haih.... Aku tak suka nak ingatkan kau balik. Budak yang sabotaj kau masa sekolah menengah dahulu. Kawan baik Cackle dulu...."
Dengar sahaja Joey berkata begitu, mata aku mula membutang. Tak mungkinlah! Dia ke Joey? Joey yang aku kalahkan dalam kuis masa sekolah menengah? Lain gila! Dahulunya dia sangat nerd!
Catz : "Biar betul?"
Joey : "Haa.... Ingat pun."
Catz : "Tak mungkin! Kau... sudah lain."
Joey : "Kau cakap orang, kau cuba cermin diri kau sendiri lihat betapa jauhnya perbezaan kau dengan dahulu."
Sebelum ini aku sangat bencikan budak ini. Akan tetapi entah kenapa aku rasa bahagia dapat berjumpa dengan budak ini.
Catz : "Kau apa cerita sekarang?"
Joey : "Aku kerja sebagai akauntan sekarang. Terima kasih kepada kau kerana memberi aku kesedaran untuk menjadi orang yang berguna."
Catz : "Ah, tak ada masalah.
Joey : "Kau buat apa di sini?"
Catz : "Sengaja ambil angin. Kau?"
Joey : "Ini memang rutin aku sebelum masuk kerja. Awal-awal pagi lagi aku akan keluar berjalan kaki."
Catz : "Ouh. Hahahh.... Baguslah itu."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...