11 April
【11:45 pm】
Catz : "Huhh.... Letihnya."
Aku baru sahaja selesai buat persembahan pentas. Tema album kali ini, Heist. Jadi incredible Hulk rambut aku sebab nak ikut tema. Entah siapa punya idea entah tema hijau-hijau begini?
Nama Haoran Tien sudah naik mendadak. Tidak fasal-fasal aku daripada contract album setahun sekali kena buat setahun dua kali. Satu album mega dan satu lagi mini album. Ini pun ramai artist tempatan minta untuk nyanyi featuring bersama-sama. Tak terbalas aku dengan permintaan dia orang semua.
Di sini, aku lagi banyak menyanyi lagu bahasa inggeris berbanding bahasa kantonis. Kantonis aku pun merangkak lagi. Itu pun syukur sangat penerimaan peminat di sini sangat memberangsangkan.
Catz : "Ty.... Balik sahaja ini, aku nak tidur. Aku tak nak buat apa-apa."
Tyler : "Baik, tuan."
Tyler memandang aku dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Aku salah cakap ke?
Catz : "Kenapa itu, Ty?"
Tyler : "Tak ada apa-apa. Tuan memang tak ambil tahu langsung dengan isu tanah air kan?"
Catz : "Haa?"
Soalan Tyler ini.... Kalau aku tengah minum air sekarang, mahu aku tersembur.
Catz : "Soalan apakah? Buat apa aku nak ambil tahu fasal di orang semua kalau dia orang semua nak buang aku? Buang masa."
Tyler : "Haih.... Sekurang-kurangnya ambil tahulah sedikit. Janganlah anti sangat."
Catz : "Tch.... Apa yang berlaku?"
Dah kalau Tyler tanya macam itu, sudah tentu ada benda berlaku kan? Lebih bagus kalau aku tanya direct dengan dia apa yang dia cuba sampaikan.
Tyler : "Tuan disahkan mati tanpa berita."
Catz : "Oh, wau. Terkejutnya."
Jujur.... Aku tidak kisah langsung. Dia orang nak cakap aku dah mati? Lagi aku suka. Hahahh.... Akan tetapi jawapan aku tidak memuaskan hati Tyler.
Tyler : "Tuan.... Saya tahu tuan sudah lalui banyak perkara. Akan tetapi tuan tak akan tak rindu dengan mereka yang berada di tanah air?"
Catz : "Tak."
Aku malas betullah nak dengar ayat si Tyler ini. Meluat.... Dah aku tak suka itu, tak payahlah nak paksa lagi.
Tyler : "Tuan tak rindu Cackle ke? Mint?"
Catz : "Ty, kau drive sahaja. Aku letih. Malas nak dengar ayat sedih kau itu."
Aku... bukannya tak rindu. Aku rindu. Akan tetapi aku lebih kepada rasa sakit sehingga rasa rindu aku pudar. Hmm.... Apa pun yang berlaku, aku tak nak balik ke tanah air.
🌸🌸🌸
12 April
【10:08 am】
《Cackle's POV》
Cackle : "Okey, Mint. Selain daripada Carl yang tak guna itu, siapa lagi kenalan rapat Catz?"
Awal-awal pagi lagi aku dan Mint sudah berada di kafe. Bukan ke kafe untuk bersarapan tetapi untuk berbincang mencari Catz.
Mint : "Tak nak cuba tanya dengan agensi StarLite Ent ke?"
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Fiksi RemajaGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...