9 Mei
【10:30 am】
"Pesawat akan mendarat sebentar sahaja lagi.... Di minta kepada para penumpang untuk kekal duduk di tempat anda berada."
Mendarat sahaja kapal terbang, aku apa lagi?
'Bluerk!'
Ya. Aku dengan mabuk udara aku memang tak dapat dipisahkan.
Buat pengetahuan, sekarang ini aku sudah tiba di Istanbul untuk sesi shooting mv single aku ini. Sampai sahaja aku dah buang saham dalam toilet airport dia orang. Apa nak jadi entah dengan aku ini?
Cackle : "Catz.... Kau okey tak?"
Mint : "Biar aku masuk!"
Cackle : "Hei, ini tandas lelaki, Mint!"
Aku tahu, aku tahu.... Mesti kau orang pelik kenapa ada Cackle dan Mint. Ingat kan yang aku minta untuk bawa seorang dua peneman ke sini? Haa.... Dia orang berdualah peneman yang aku maksudkan.
Pada awalnya aku tak ada niat pun nak ajak Mint. Aku hanya nak ajak Cackle dan Vector sahaja. Akan tetapi Vector ada plan lain pula. Ini pun last minit aku ajak Mint.
Mint : "Ini kes darurat! Aku dibolehkan untuk masuk. Kalau dia pengsan sebab banyak sangat muntah bagaimana?"
Cackle : "Apa kau ini? Aku pernah uruskan dia."
Bergema satu airport dengan suara dia orang. Annoying pula aku dengan dua ekor beruk ini. Ikutkan hati mahu sahaja aku hantukkan kepala dua-dua itu.
🌸🌸🌸
Hampir lima belas minit aku terperap di dalam toilet. Ini kalau tunggu lagi setengah jam, mahu aku jadi jeruk.
Agak-agak aku dah lega sedikit itu, kita orang pun berjalan keluar dari airport. Kali ini, aku rasa nak sorokkan kepala aku dalam beg bagasi. Nak tahu kenapa?
Seorang pakai baju macam ini.
Yang lagi seorang pakai baju macam ini!
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...