11 Oktober
【2:30 pm】
Aku dan Tyler sudah selamat tiba di China. Pemandangan di China ini... aku tak pernah muak melihatnya. Sekarang ini, aku kena tunggu orang yang sepatutnya jemput aku ke rumah baru aku. Orang itulah juga yang akan menjadi guru bahasa aku di sini sepertimana yang telah ditetapkan oleh Manager Winnie.
Tyler : "Saya tak menafikan yang pemandangan di sini tidak mengecewakan."
Catz : "Kan. Hahahahh.... Sebab itulah aku nak duduk di sini. Ini baru sedikit. Kau patut lihat kampung dia nanti. Cantik sangat."
Tyler : "Tak sabar."
Lima belas minit kemudian, adanya seorang wanita berusia 40-an hadir menyapa aku.
"Ini Catz ke?"
Sekilas aku berpaling ke arahnya. Kalau dia kenal aku, maksudnya memang inilah orangnya kan?
Catz : "Ah, ya."
Pn. Kie : "Selamat berkenalan. Sayalah Puan Kie. Saya yang akan jadi advisor dan guru bahasa kamu di sini."
Catz : "Selamat berkenalan juga, Puan Kie. Saya Catz."
Aku tundukkan sedikit kepala aku tanda hormat kepadanya.
Pn. Kie : "Mari. Saya akan bawa kamu terus ke rumah ya?"
Catz : "Sure."
Oleh itu, aku di bawa ke rumah yang telah dipersetujui. Rumah aku minta untuk duduk ialah di kawasan perkampungan. Sama seperti rumah lama Doktor Chen dulu.
【5:40 pm】
Punya lama masa perjalanan sampai aku tertidur di dalam kereta. Entah aku berdengkur ke apa dalam kereta lantaklah.
Tyler : "Tuan. Bangun, tuan. Kita sudah sampai."
Tyler mengejutkan aku tidur dengan sangat lembut. Aku dengan muka mamai memandang ke arah Tyler.
Catz : "Lama ke aku tidur tadi?"
Tyler : "Masa perjalanan kita lebih kurang dua jam. Tuan masuk sahaja dalam kereta sudah terlelap."
Catz : "Ah.... *Yawn.... Aku tak tahu kenapa aku jadi mengantuk sangat."
Tyler : "Tuan letih itu. Tak apa. Tuan masuk sahaja ke dalam rumah dan berehat. Biar saya yang tolong kemas semua."
Catz : "Kau tak payah nak mengarut. Aku hire kau untuk jadi bodyguard aku. Bukan jadi hamba aku. Biar aku tolong sekali. Lagipun menimbun barang-barang kita ini."
Dah namanya pun pindah rumah. Memang sehari tak cukup untuk mengemas. Kita orang pula sampai lewat petang begitu, memang taklah nak siap apa-apa. Tak apalah.... Asalkan dah siap pasang katil aku sudah lega. Sekurang-kurangnya adalah tempat untuk tidur.
🌸🌸🌸
14 Oktober
【••••】
Setelah berhari-hari aku mengemas rumah, hari inilah aku dapat berehat dengan tenang. Ya, tenanglah sangat. Sekali ada pula malaon yang sengaja kejutkan aku daripada tidur.
Tyler : "Tuan.... Bangun, tuan."
Alaa... Apa lagi yang Tyler ini nak? Aku menarik selimut selubung tanda enggan di ganggu. Bagilah aku tidur dengan aman, Ty....
Malangnya, Tyler ini memang tetap dengan pendiriannya. Dia merentap selimut aku. Terkebil-kebil aku memandang ke arahnya.
Catz : "Ty.... Bagilah aku tidur. Aku dah berapa hari tak tidur lena."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...