³⁰ 「3 Januari : Solution?」

22 3 9
                                    

3 Januari

《Mint's POV》

【1:55 pm】

"Cik. Betul ke cik nak lakukan ini? Tindakan ini mungkin akan menjatuhkan imej awak memandang Syarikat The Local Management antara syarikat yang paling berpengaruh di dunia."

Miss Rose yakni assistant aku berkata dengan aku. Pada ketika ini, kereta privasi aku sudah terparkir elok di hadapan bangunan The Local Management.

Mint : "Miss Rose. Dia memang sangat berpengaruh. Akan tetapi adilkah dia setakat berpengaruh dia boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan air muka orang lain?"

Miss Rose : "Saya faham perasaan cik. Akan tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa. Tanpa kuasa atasan, kita ini tiada tandingan untuk mereka."

Aku bermenung sendiri. Pada aku, betina itu memang sudah melampaui batas. Tidak boleh biarkan dia terus bermaharajalela.

Miss Rose : "Saya rasa elok cik batalkan sahaja niat cik itu. Risau perbuatan ini akan menjatuhkan air muka cik berdua dengan Catz."

Mint : "Miss Rose. Miss sekarang berpihak kepada siapa sekarang? Saya atau betina itu?"

Miss Rose terdiam. Aku ini memang rasa nak marah sangat dengan dia. Berani betul dia tak sokong aku?

Tidak lama kemudian, kenderaan mewah parkir di hadapan kereta aku. Itu betina sundal itu ke? Lalu ramai wartawan mula serbu kereta terbabit. Hmm.... Tak salah lagi.

Miss Rose : "Cik Mint...."

Mint : "Miss Rose, terpulanglah miss nak lari ke apa selepas ini. Saya sudah tak peduli. Saya hanya tak tahan adanya manusia yang berani menjatuhkan Catz."

Lalu aku turun daripada kereta privasi aku meninggalkan Miss Rose. Ramai betul wartawan yang kerumun betina ini. Aku kian menyelinap masuk ke dalam kumpulan wartawan itu.

Aku dengar sebutir-sebutir soalan wartawan itu kepada betina ini.

"Cik Anna, betulkah Cik bertunang dengan Catz?"

Anna : "Ya. Dia sendiri yang bersetuju untuk bertunang. Katanya dia hendak bertanggungjawab atas kes kami tertangkap basah tahun lepas. Sayangnya dia hanya nak mempermainkan saya lagi. Sedar tak sedar, semua lelaki sama sahaja."

What the hell? Kaki play victim gila betina ini! Aku tak tahan! Aku tak tahan!

Mint : "Bohong."

Aku selamba merampas salah satu mikrofon wartawan di situ. Disebabkan suasana sangat sesak tiada seorang pun yang perasan kehadiran aku sehinggalah aku bersuara di situ.

Wajah aku sangat tegang sekarang. Bahkan wartawan yang bising sejak tadi tiba-tiba membisu dengan kehadiran aku.

Anna : "A... awak...."

Aku berjalan ke hadapan Anna ini. Pucat wajahnya. Kenapa? Takut aku buka semua rahsia kau ke? Kita orang kini bertentangan mata.

"Mint. Apa maksudnya yang ianya bohong?"

Ada seorang daripada wartawan bertanya kepada aku. Sudah alang-alang dia tanya, sini aku bongkarkan semua.

Mint : "Saya dengan Catz sudah lebih 10 tahun dalam hubungan."

Sejurus keseluruhan mereka membisu. Ya mestilah dia orang tak percaya sebab kita orang memang simpan elok-elok rahsia ini.

Memang riuh pada ketika itu.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now