⁵⁹ 「10 Jun : Carl, Kau Tak Akan Terlepas Kali Ini!」

12 2 0
                                    

10 Jun

【2:30 pm】

Joey : "Aku sebenarnya nak cakap benda yang sama juga."

Aku terdiam. Dia nak cakap benda yang sama? Aku berdebar.... Apa benda itu?

Catz : "Bagitahu aku semua yang kau tahu."

Joey : "Aku ada godam sistem Choi Ent. Aku perasan ada satu nombor yang kerap dia call. Pada awalnya aku tak adalah ambil peduli sangat sebab aku sangka ianya perihal bisnes. Akan tetapi lama kelamaan aku perhati, setiap panggilan yang dia buat itu mesti masa sebelum ada perkara buruk yang berlaku kepada kau."

Catz : "Kau bagi aku nombor telefon itu. Aku nak kena cari siapa pemilik nombor itu."

Joey : "Haa, ya. Aku hantar mesej dekat kau ya?"

Maka aku segera menamatkan panggilan untuk memberi ruang kepada Joey menghantar nombor telefon tersebut. Kalau betullah kata Yeoh orang itu adalah kenalan rapat aku, mesti aku ada simpan nombor telefon dia kan?

Beberapa minit kemudian, mesej daripada Joey sudah sampai. Cepat-cepat aku mendail nombor terbabit. Betapa terkejutnya aku mendapati bahawa nombor telefon itu memang milik seseorang yang aku kenal.

Catz : "Carl...."

Damn it! Dia selama ini rancang dah semuanya. Kenapa aku tak pernah syak dia? Tak gunanya.... Perangai dia dengan nenek sama sahaja. Aku kena cari lokasi dia sekarang. Mesti ada orang tahu kan? Sure.

Catz : "Ayah mungkin tahu...."

Bukan Doktor Chen akan tetapi Encik Nash. Ya, ayah kandung aku sendiri. Si Carl itu banyak cekup duit ayah. Jadi sudah pasti ayah tahu dia di mana sekarang.

【3:12 pm】

Aku sudah tiba di hadapan rumah Encik Nash. Baru sahaja aku hendak menekan loceng rumah, aku sudah terserempak dengan Encik Nash. Kebetulan dia baru sahaja pulang.

En. Nash : "Catz. Kamu buat apa ini?"

Catz : "Ayah.... Ada benda yang saya nak tanya ayah."

En. Nash : "Mari masuk dulu."

Setelah Encik Nash menjemput aku masuk, kami duduk di ruang tamu. Aku siap dihidangkan dengan air teh lagi. Walhal aku ini anak kandung dia. Di beri layanan istimewa seolah-olah aku tetamu terhormat.

En. Nash : "Dah lama kamu tak ke sini."

Catz : "Aah, maaf. Saya sibuk sangat-sangat. Diri sendiri pun tak terurus sebenarnya."

En. Nash : "Tidak mengapa. Apa khabar Chen?"

Catz : "Dia okey. Biasalah dia.... Sibuk."

En. Nash : "Yelah.... Jadi apa benda yang kamu nak tanya itu?"

Catz : "Tentang Carl."

Encik Nash membisu seketika sebaik sahaja dia mendengar nama Carl.

En. Nash : "Kenapa dengan dia?"

Catz : "Ayah ada tahu apa-apa tentang dia tak?"

En. Nash : "Yang ayah tahu dia minta ayah duit nak main kutu. Sekarang ini, dia ikut jejak langkah kamu untuk jadi artist."

Budak gila itu nak main kutu? Ke dia yang jadi kutu sebenarnya? Kutu babi.

Catz : "Ayah.... Terus terang saya kata, Carl jadi artist bukan inspirasi daripada saya. Dia jadi artist sebab nak jatuhkan saya. Saya tak reka cerita, ayah."

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now