25 September
【2:45 pm】
Mint : "Eric, ini boyfriend aku, Catz."
Aku dan Tyler terpaksa duduk semeja dengan Mint dan lelaki yang aku ragukan ini. Ini semua salah Tyler!
Eric : "Kau Catz daripada kumpulan Xros itu kan? Wah.... Kau orang memang sepadan bersama."
Catz : "Y... ya...."
Aku rasa awkward pula. Uhuhuhh.... Aku benci kau, Tyler!
Mint : "Saya dengan Eric kawan sejak kecil. Eric belajar di luar negara. Jadi ini baru kita orang berjumpa."
Eric : "Betul. Kita orang dah lama sangat tak berjumpa. Kebetulan berjumpa, inilah peluang saya untuk melepaskan rindu."
Lepas rindu kepala nenek dia! Dia tak faham bahasa ke bila Mint cakap aku ini boyfriend dia?
Mint : "Kau ini memang tau, Eric. Itulah... aku suruh kau cari girlfriend, tak nak."
Eric : "Mint.... Aku dah cuba cari. Akan tetapi aku tak ada jumpa yang lebih baik daripada kau."
What? What the hell did he said? Dia tak jumpa yang lebih baik daripada Mint? Ke kau nak maksudkan cuma Mint sahaja yang kau nak? Muka aku ini tak tahulah bagaimana. Dah huru-hara aku rasa. Akan tetapi Mint kelihatan begitu tenang. Ke aku yang overthinking?
Mint : "Hahahahh.... Merepek sahaja."
Eric : "Betullah. Lagipun boyfriend kau bukan baru sahaja lepas putus tunang dengan perempuan lain ke? Aku ingatkan aku ada peluang masa ada kontroversi Catz dengan anak syarikat The Local Management. Rupanya tak...."
Aku rasa nak marah betul ini. Mamat ini ibarat meludah ke muka aku. Geramnya.... What should I do?
Mint : "Kau jangan usik tentang kes itu, Eric. Benda sensitif dan aku tak nak dengar apa-apa lagi tentangnya."
Hmm.... That's should works.
Eric : "Tetapi Mint, boyfriend kau ini senyap sangatlah. Dia tak biasa bercakap ke? No fun...."
Memang nak kena mamat ini!
Mint turut sama memandang ke arah aku. Aku memang tak akan jadi sediam ini. Jadi Mint tahu ada benda yang tak kena.
Mint : "Catz...? Semuanya okey? Kenapa ini?"
Aku tak berfikir banyak. Tekak aku tiba-tiba kering. Lalu aku meneguk secawan air.
Tanpa sedar aku terminum salah air.
Tyler : "Eh, tuan?"
Cuba teka aku minum apa? Wine. Siapa yang minum wine untuk lunch? Dahsyatnya....
Badan aku yang tak berapa tahan dengan wine sudah mula bertindakbalas. Aku cuma harap yang aku tak lost control.
Catz : "No fun bagaimana itu, Encik Eric?"
Aura aku juga turut sama berubah. Aku sekarang ini sudah 50-50. Separa sedar, separa tak sedar.
Tyler : "T... tuan...?"
Berkerut dahi Eric ketika itu dengan perubahan personaliti aku. Now, I'm proud of myself. Hahahahh....
Catz : "Encik Eric.... Situasi sekarang, ibarat kita bermain di dalam kandang singa. Singa ini hanya akan mendengar arahan tuannya sahaja. Jadi kita sebagai stranger, kena sentiasa pantau kelakuan dan tatatertib masing-masing. Risau jikalau tersilap langkah, singa ini akan membaham."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...