⁴⁹ 「21 April : Selamat Malam」

10 3 0
                                    

21 April

【9:45 pm】

《Cackle's POV》

Malam itu juga si Catz bawa aku dan Mint berjalan-jalan. Entah dia kena rasuk dengan hantu apa pun aku tak tahu. Aku sendiri terkejut yang dia nak bawa kita orang hang out.

Nak dikatakan di sini, situasinya sangat berbeza. Catz memang sangat famous di sini. Akan tetapi dia tak ada pun kena serbu teruk seperti di tempat kita orang. Baguslah. Penduduk di sini sangat behave. Selamba sahaja Catz berjalan di tengah-tengah bandar itu.

Catz : "Kau orang nak makan apa?"

Cackle : "Aku tak tahu. Sini apa yang sedap?"

Catz : "Steamboat."

Cackle : "Haa, kita makan apa yang sedap di sini."

Catz : "Sure. Mint nak makan apa?"

Mint : "Aah.... Saya tak kisah. Saya makan sahaja apa-apa."

Catz : "Okey."

Catz sekali lagi berjalan mendahului kita orang berdua. Geram aku tengok dia. Dah macam buah epal hijau bergerak aku melihatnya.

Tidak lama kemudian, adalah dalam dua ke tiga orang remaja perempuan mendekati Catz. Dia orang bercakap dalam bahasa cina. Apa yang aku dengar, Haoran Tien. Itu sahaja. Yang lain aku tak faham.

Lalu budak-budak itu mengeluarkan sebuah buku. Oh, dia orang nak minta autograf Catz ke? Laju Catz sign autograf. Siap main sep-sep dengan budak-budak itu. Muka si Mint dah lain. Haa, sudah.... Situasi apakah ini? Hilang sahaja bayang budak-budak itu, aku terus menyapa Catz. Risau pula aku dengan dia ini.

Cackle : "Catz. Siapa itu?"

Catz : "Budak-budak. Biasalah.... Dia orang nak minta autograf."

Selamba jugalah Catz menjawab persoalan aku. Dan-dan masa itulah Mint berjalan laju membelah kita orang berdua. Yang Catz ini pula, boleh dia blur di situ?

Catz : "Kenapa itu?"

Cackle : "Soalan kau ini.... Dia jealous agaknya kau rapat sangat dengan budak-budak itu."

Catz : "Ianya hanya budak-budak."

Cackle : "Budak-budak pun.... Kau dulu tak macam ini. Dulu kau nampak peminat sahaja kau rasa nak lari. Kau kekok sangat dengan peminat. Kau pun sekarang kelihatan sangat selesa menari dengan mana-mana perempuan dalam muzik video."

Catz : "Kau orang tengok ke mv aku?"

Cackle : "Ya. Pakcik Goh yang tunjukkan dekat kita orang."

Catz : "Haih.... Aku patut tahu Encik Goh yang bagitahu lokasi aku dekat kau orang."

Cackle : "Sebenarnya, dia hanya bagitahu nama kampung yang kau tinggal itu sahaja. Dia tak bagi kita orang alamat penuh."

Catz : "Yea...."

Catz hanya membisu melihat susuk tubuh Mint daripada belakang. Lah dia ini? Tak nak pujuk Mint ke?

Cackle : "Hoi, kau tak nak pujuk dia ke?"

Catz : "Aku tak pandai pujuk orang. Kau lupa ke?"

Cackle : "Habis itu? Sampai bila kau orang nak terus begini?"

Catz : "Nantilah aku cuba fikirkan cara."

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now