9 Mei
【10:30 pm】
Aku, Mint dan Cackle sudah selesai makan malam. Cackle itu sudah terbongkang mabuk dalam bilik. Aku pula, aku tak mabuk ye. Aku cuba sedaya upaya untuk elak daripada mabuk.
So aku sekarang berada di tingkat bumbung hotel menikmati pemandangan alam kononnya. Hmm.... Esok sudah pasti suatu hari yang memenatkan.
Lama aku mengelamun, tiba-tiba ada seseorang menyapa aku.
Mint : "Catz? Awak tak tidur lagi?"
Mint datang mendekati aku. Aku ingatkan siapalah tadi.
Catz : "Cackle tengah mabuk dalam bilik. Saya tak nak terlibat dengan dia. Itu yang duduk luar sekejap. Dapat tenangkan fikiran sedikit."
Aku menadah siku pada penghadang tembok hotel sambil bertongkat dagu menyaksikan kejadian alam yang begitu indah. Lalu Mint memeluk lengan sebelah aku. Tindakan Mint itu hanya aku perhati sahaja. Lembut dia sandarkan kepalanya pada bahu aku. Manja....
Mint : "Catz, esok awak habis shooting pukul berapa?"
Catz : "Saya pun tak pasti. Mungkin sampai malam?"
Mint : "Alaa, bosannya tak ada awak esok."
Mint merengek sendiri di sebelah aku. Mengada-ngadanya dia....
Catz : "Sekejap sahaja.... Awak ini. Saya ke sini bukannya nak bercuti. Ada kerja. Lainlah kalau memang datang untuk bercuti."
Mint : "Ish, baru sahaja nak bayangkan ini seperti hari honeymoon kita nanti."
Hampir tersedak aku dengar statement Mint itu. Honeymoon? Jauhnya dia fikir. Aku duit kahwin pun tak terkumpul sangat apatah lagi duit honeymoon.
Catz : "H... honeymoon?"
Mint : "Yup. Hehehh.... Cackle itu kita tolak jauh-jauh."
Yang itu aku nak gelak. Hahahahh.... Aku suka idea itu. Cumanya tak gamaklah pula aku nak humban si Cackle itu jauh-jauh. Nanti kata aku jenis yang lupa member pula.
Catz : "Awak ini ada-ada sahaja tau? Awak bukannya sudi nak berkahwin dengan saya pun."
Aku sengaja nak menyakat Mint. Nak tengok reaksi dia. Sekali dia cubit pinggang aku. Terlompat aku di situ. Nasib tak terjun ke bawah. Ish, budak ini....
Catz : "Mint? Kenapa buat macam itu?"
Mint : "Awaklah! Bila masa saya cakap yang saya tak sudi berkahwin dengan awak?"
Mint mencekak pinggang di hadapan aku. Jantung aku sungguh tak kuat tengok reaksi dia ini. Aku picit hidung Mint sebab geram. Ikutkan hati, aku nak gigit dia. Namun apakan daya? Nanti kata aku nyamuk pula main gigit-gigit orang.
Mint memandang ke arah aku yang tiba-tiba Memicit hidungnya. Mesti dia cakap aku gila kan?
Mint : "Apa awak buat ini?"
Catz : "A... awak comel sangat. Jangan buat saya hilang kawalan boleh tak?"
Aku tak patut cakap begitu. Mint ini jenis yang suka membuak-buakkan lagi keadaan. Mulalah aku nampak senyuman jahat dia itu.
Mint : "Catz yang hilang kawalan ya? Bunyinya macam menarik."
Aku dah kata.... Berpeluh aku. Sudahlah di aras ini memang tak ada sesiapa.
Catz : "M... Mint.... Janganlah buat saya begini. Saya perlu rehat secukupnya malam ini untuk bekerja esok."
Mint : "Eh, awak yang nak mulakan dulu kan? Haa...."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...