¹⁴ 「24 Ogos : Fan Meetings Event」

15 3 2
                                    

24 Ogos

【10:30 am】

Trainer Gin : "One, two, three, four!"

Kita orang sudah berada di bilik latihan menari. Kesemua ahli Xros sudah berlatih jauh meninggalkan aku. Aku sahaja yang masih terkial-kial belajar langkah awal.

Tidak fasal-fasal aku kena bebel dengan Trainer Gin.

Trainer Gin : "Itulah! Aku suruh datang latihan. Kau sibuk sangat. Jikalau beginilah disiplin kau, lebih baik kau resign."

Catz : "Minta maaf, tuan."

Minta maaf sahajalah yang aku termampu buat. Nak buat apa lagi kan? Marah betul dia kepada aku. Dia kena tahu aku buat semua itu juga demi masa depan agensi. Ceh....

Kalau beginilah caranya, aku kena bekerja sampai lewat malamlah. Hari-hari begini, pekak telinga aku.

【5:30 pm】

Aku masih lagi berlatih di bilik latihan. Sepatutnya aku sudah berada di dalam van dan bersiap untuk pulang bersama yang lain-lain. Namun, pengorbanan itu perlu untuk mencapai kejayaan.

Sambil aku berlatih menari sambil aku menyanyi untuk menghilangkan rasa bosan.

Catz : "Rock my world until the sunlight, make this dream the best I've ever know.... Dirty dancing into the moonlight, take me down like I'm a domino...."

Tiba-tiba lagu Domino pula kan? Biarkanlah. Beginilah cara nak menghiburkan hati.

Sedang khusyuk aku berlatih, kedengaran bunyi pintu bilik latihan terbuka. Siapa?

Cackle : "Catz? Kau tak nak balik ke? Semua sedang menunggu kau."

Serta-merta aku menghentikan latihan aku buat seketika.

Catz : "Eh, kan aku dah cakap yang aku balik lewat? Kau orang baliklah dahulu."

Cackle : "Ouh. Kau memang nak maksudkannya ya?"

Haa? Apa maknanya aku memang maksudkannya? Kau ingat aku bergurau ke? Yang kaki bergurau di sini hanya kau seorang sahaja, Cackle.

Secara rawak Cackle mengeluarkan telefon bimbitnya. Lalu dia mendail satu nombor dan menunggu panggilan di jawab. Siapa pula dia call itu?

Cackle : "Hello. An, aku dengan Catz balik malam. Kau orang geraklah dahulu ya?"

Lah.... Dia call Randy ke? Sekejap? Aku dan Catz...? Aku dan Catz.... Apahal dia sibuk nak tinggal juga ini? Menyemaklah beruk!

'Tit!'

Cackle menamatkan panggilan telefonnya. Aku baru nak rasa bersendirian. Sibuk pula Cackle ini....

Catz : "Kan aku suruh kau balik? Kenapa kau nak stay pula ini?"

Cackle : "Aku nak berlatih menari dengan kau. Lagipun, mana tahu kau perlukan bantuan daripada main dancer ini kan?"

Haa, ini mesti kes nak angkat bakul sendiri. Kau terlalu berat untuk duduk di dalam bakul itu, Cackle!

Catz : "Haa.... Terpulanglah kau nak buat apa pun."

Nampaknya aku memang tak akan regret keberadaan Cackle di sini. Dia sangat-sangat membantu. Mujur aku pula seorang yang fast learner, maka Cackle tidak stress hendak mengajar aku seorang ini.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now