21 April
【2:15 pm】
《Cackle's POV》
Jauh perjalanan aku dan Mint kali ini. Sementara itu, aku search jugalah Haoran Tien. Aku tak sangka sebab apa tau? View sahaja hampir 80M. Lagi dahsyat daripada di negara aku. Cumanya aku hairan. Kenapa album Catz ini tak pernah masuk ke industri muzik kita orang jikalau dia sebegini popular?
Cackle : "Kau pernah dengar lagu Catz ini tak, Mint?"
Mint : "Ada yang aku pernah dengar. Cumanya aku tak tahu nama penyanyinya itu adalah Catz."
Cackle : "Eh? Kenapa aku langsung tak pernah dengar?"
Mint : "Ada. Mungkin kau tak alert?"
Cackle : "Hmm.... Aku peliklah, Mint. Kenapa kita tak pernah dengar nama Haoran Tien? Sedangkan dia di sini sangat famous."
Mint : "Saingan, Cackle. Lagipun industri muzik kita lebih utamakan pengeluaran muzik tempatan berbanding luar negara. Jadi muzik-muzik luar negara, kita jarang dengar di radio."
Cackle : "Betul juga itu."
Bual-bual fasal Catz, entah bagaimana kita orang berdua boleh tertidur di dalam kereta.
'Pin! Pin!'
Terkejut aku dan Mint mendengar bunyi hon yang menggegarkan kepala otak. Nasib tak terbang jantung aku.
"Dah sampai...."
Cackle : "Ah, terima kasih pakcik!"
【4:30 pm】
Aku rasa macam baru lepas dikejutkan malaikat maut tadi.
Mint : "Cackle.... Cantiknya tempat ini."
Cackle : "Wau...."
Di tepi kaki gunung. Ada sawah padi. Pemandangan dia memang tip top. Mulalah aku termenung di situ tengok pemandangan.
Mint : "Dah, Cackle. Kita kena teruskan misi mencari Catz."
Aduh.... Tak sempat aku nak ambil feel. Kacau betullah Mint ini.
Maka aku dan Mint merayau-rayau di kawasan perkampungan itu. Ada jugalah kita orang tanya orang kampung di sini. Tanya orang kampung lagi dahsyat. Satu patah apa pun tak faham. Yang dia orang tahu, Tien. Haa.... Sudah.
Cackle : "Mint. Kau tak nak berhenti makan dulu ke? Aku lapar ini."
Mint : "Ish, kau ini! Masa-masa beginilah dia nak lapar. Tahan-tahanlah sedikit."
Cackle : "Kau suruh aku tahan daripada sebelum naik teksi lagi. Sekarang aku dah tak boleh nak tahan."
Mint : "Haih.... Yelah. Jom kita cari makan."
Akhirnya, masa makan. Masalahnya di sini banyaknya masakan kesihatan. Hijau sahaja aku tengok lauknya. Loyar pula aku.
Cackle : "Mint...."
Mint : "Kau nak makan sangat kan? Haa, makan."
Cackle : "Ini hijau sangat, Mint."
Mint : "Makan...!"
Hanya kerana perut yang lapar, aku suap sahajalah. Makan dalam keadaan tak nikmat memang tak kenyang.
Sambil-sambil aku gigih nak makan sayur, aku ternampak kelibat seekor makhluk yang aku seakan kenal.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...