13 September
【••••】
Oulong : "Style baru ke itu, Catz."
Aku hanya mampu membisu apabila Oulong tiba-tiba menegur aku. Tolong bagitau yang aku ini nampak obvious.
Aku hanya mengabaikannya. Akan tetapi Oulong masih berdegil hendak menyapa aku.
'Sap!'
Dia pusingkan badan aku menghadapnya. Terkejut aku dengan tindakan dia. Namun reaksi dia selepas itu sangat mengejutkan.
Oulong : "Eh? Maaf, dik. Abang salah orang. Dari belakang kamu nampak seperti Catz. Rupa-rupanya orang lain. Maaf, maaf."
Oulong kembali membuat hal sendiri. Aku tak sangka yang dia tertipu hanya dengan solekan aku. Mungkin sangkaan aku betul. Orang tak kenal aku yang bersolek begini.
Lalu aku berjalan pergi ke tempat duduk aku. Aku melihat ke arah jam. Sekarang sudah hampir masuk pukul 12.00 tengahari. Aku rasa sudah boleh check in hotel masa begini.
Anna : "Dah, selesai?"
Catz : "Sudah. Maaf buat awak tertunggu."
Anna : "Ah, tak mengapa."
Sejurus Anna bangun memeluk lengan aku. Aku hanya membiarkan segala tidak tanduknya.
Anna : "Jom check in hotel."
Catz : "Ya...."
【12:30 pm】
Aku dan Anna sudah mula check in hotel. Ianya sebuah bilik yang agak luas. Namun hanya diperuntukkan satu katil sahaja. Memang sengaja dia ini. Tak apa. Aku akan buktikan yang kau bukanlah pregnant sebenarnya. Kau tunggu. Aku hanya bermain dalam watak ini sahaja dahulu.
Anna : "Wah.... Bestnya!"
Anna terus melompat di atas katil. Sudah seperti dugong aku rasa.
Anna : "Darling.... Marilah baring sekali."
Haih.... Dia ajak sekalilah pula. Aku ini tak suka baring waktu tengahari begini.
Catz : "Tak mengapalah. Baby baring sahaja dahulu. Saya ingat nak keluar ambil angin sekejap."
Anna : "Okey. Jangan lama-lama sangat tau?"
Catz : "Ya."
Anna : "Janji?"
Catz : "Ye, janji."
Sejurus aku mengorak kaki keluar dari bilik hotel. Aku sudah bosan tengok pantai ini. Selalu sangat aku tengok. Tak ada tempat lain dah ke?
'Bum!'
Aku terlanggar seseorang sambil aku mengelamun itu.
Catz : "Maaf!"
Lebih mengejutkan....
Oulong : "Eh, kau adik yang pagi tadi itu kan?"
Kenapa di semua tempat aku terserempak dengan kau?
Catz : "Ya. Encik Oulong...."
Oulong : "Eh? Kau kenal aku rupanya. Hahahh...."
Catz : "Abang kan famous Amos.... Mana tak kenalnya?"
Geli sebenarnya nak cakap ayat itu tetapi itu sahaja cara untuk pastikan dia tak cam aku. Mulalah dia tersimpul malu di situ. Aku sepak sekejap lagi, mahu sampai hujung pantai kau sampai.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Подростковая литератураGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...