³⁶ 「7 September : Kejutan?」

21 3 15
                                    

7 September

【11:15 am】

"Catz?"

Aku sekilas berpaling. Siapakah itu?

Terbeliak mata aku. Doktor Chen dan Encik Nash?

Catz : "Ayah? Apa yang ayah-ayah buat di sini?"

Tyler : "Ayah-ayah?"

Dah dua-dua ayah aku. Aku nak panggil apa? Aku lesing juga kepala Tyler ini.

Dah kenapa kedua-dua ayah aku ini ada di sini? Hmm.... Smell something fishy.

En. Nash : "Ayah dengan Doktor Chen ada nak bincang sesuatu. Kebetulan nampak kamu di sini. Ayah tegurlah."

Catz : "Oh...."

Dr. Chen : "Dengarnya kamu kemalangan. Betul ke, nak?"

Catz : "Urm.... Ya."

En. Nash : "Apa? Kamu kemalangan? Bila?"

Serentak kedua-dua mereka memandang tajam ke arah aku. I'm totally death.

Dr. Chen : "Kenapa tak bagitahu ayah?"

En. Nash : "Kenapa tak bagitahu ayah?"

Inilah lumrah apabila ada dua orang ayah. Sel-sel otak dia orang lebih kurang sama sahaja.

【12:00 pm】

Kita orang semua duduk makan tengahari di restoran berdekatan. Pada masa inilah Doktor Chen menceritakan semuanya kepada Tyler.

Tyler : "Selamat berkenalan. Saya Tyler. Pengawal peribadi Catz."

Dr. Chen : "Selamat berkenalan. Baguslah kalau Catz dah ada pengawal peribadi sendiri. Risau bila tengok sejak kebelakangan ini dia terpaksa lalui banyak perkara."

En. Nash : "Ya. Catz ini memang jenis yang senang menyerlah. Dalam masa yang sama dia juga senang menjunam."

Kenapa aku rasa awkward sekarang ini? Aku rasa macam tengah ambil report card dekat sekolah tahu?

Tyler : "Ah, ya. Tuan Catz ini banyak selesaikan masalah seorang dia. Dia memang kena buang tabiat buruk dia itu."

Catz : "Ty, tak perlu gelarkan aku sebagai tuan di depan penjaga aku."

Tyler : "Tak boleh. Ini memang prosedur kerja."

Catz : "Hmm, suka hati kaulah."

Aku bertongkat dagu. Nak sambung makan tiba-tiba Doktor Chen ini pergi tegur aku benda yang memang sangat random.

Dr. Chen : "Bagaimana hubungan kamu dengan Mint, Catz?"

Mahu tak aku tersedak di situ? Bagaimana dia boleh tahu tentang Mint? Aku memandang ke arah Tyler.

Tyler : "Bukan saya. Saya baru kenal dengan penjaga tuan ini."

Ya tak ya juga. Jadi bagaimana? Tak akanlah ada rumor mengenai kita orang? Bahaya kalau begini.

Catz : "Bagaimana ayah boleh tahu?"

Dr. Chen : "Cackle."

Gargh! Mamat itu memang sengaja nak cari nahas kan? Sempat sahaja dia nak report semuanya.

Catz : "Ayah janganlah nak percaya cakap Cackle itu. Dia bukannya betul sangat."

Dr. Chen : "Bagaimana ayah tak nak percaya kalau Cackle cakap kamu dengan Mint itu dah pernah tidur bersama?"

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now