³⁵ 「10 Mei : Ingatan Lama Kembali」

22 5 1
                                    

10 Mei

【••••】

'Krash!'

Aku dengar bunyi hentaman yang sangat kuat. Adakalanya telinga ini rasa berdesir. Apa...?

Jasad aku kini terbaring lemah di atas tanah. Tak boleh bergerak.... Aku kemalangan ke? Rasa lembap dan melekit. Darah ke ini? Darah aku ke?

Pandangan aku mulai samar-samar. Bayang seseorang berdiri di hadapan aku sambil berkata....

"Bertahan, Catz...."

🌸🌸🌸

'Tap.... Tap.... Tap....'

Aku dengar bunyi tapak kaki. Siapa itu? Kenapa gelap sangat ini? Aku dah mati ke?

Ryan : "Gembira dapat bertemu dengan awak, Catz."

Eh? Apa? Apa benda ini? Aku di mana? Sejak bila Ryan berada di sini?

Badan aku bergerak sendiri menjawab khabar Ryan.

Catz : "Gembira juga dapat bertemu dengan tuan."

Nanti dahulu. Ini memori aku.... Memori aku yang hilang dulu. It comes back. Mungkin betul aku dah mati sekarang. Sh*t.... Kenapa aku dah mati baru ada memori ini semula?

Aku dan Ryan berjabat tangan. Sungguh aku tak ingat aku bekerjasama apa dengan dia.

Tidak lama kemudian aku mengekori Ryan ke bilik pejabatnya yang aku sendiri tak sedar bila masa roh aku boleh sampai ke sana.

Sejurus Ryan menghulurkan aku sebebal contract perjanjian. Tak tahu kenapa aku boleh lihat dengan jelas setiap perincian dokumen dalam perjanjian itu.

Ya. Aku bersetuju untuk jadi model produk dia. Aku dah ingat.... Daripada situ aku boleh kenal dengan Ryan.

Lepas itu, apa berlaku? Ryan ajak aku minum. Ya.... Dari sinilah kesemua kekecohan ini berlaku.

Dua gelas cawan air sparkling diletakkan di atas meja yang mana aku tak tahu salah satu daripada air itu ada pil penenang.

Aku tak berdaya untuk menghalang diri aku daripada minum air sparkling yang disajikan Ryan. Lagipun aku nak tengok semula semua perkara yang telah berlaku.

Aku selamba meminum air sparkling itu. Beberapa minit kemudian, kepala aku terasa melayang. Penglihatan aku pun kurang waras. Akan tetapi roh aku sekarang masih boleh melihat dengan jelas sebiji-sebiji perkara yang berlaku.

Catz : "T... tuan.... Kenapa kepala saya rasa melayang tiba-tiba ya?"

Biar aku tolong jawabkan. Sebab aku minum air yang sudah ada bahan terlarang dalamnya.

Kepala aku ketika itu mula kurang waras. Aku boleh nampak senyuman sinis pada bibir Ryan. Nasib aku dalam bentuk roh sekarang. Kalau tak, aku dah cekik pakcik ini sampai mati!

Aku terkial-kial nak bangun dari kerusi. Pada ketika itu, Ryan menghambat pinggang aku. Ah.... Dah mula detik yang cringe begini.

Ryan : "Nampak gayanya awak seperti perlukan bantuan?"

Catz : "Tak tahu kenapa badan saya terasa lemah...."

Ryan : "Haa.... Awak penat sangat rasanya. Apa kata awak berehat seketika di sini?"

Gragh! Geramnya aku dengan pakcik ini! Berehat di mana itu? Masa inilah kau mulakan semua ini kan?

Yang aku pun ikutkan sahaja apa yang pakcik ini suruh. Haih.... Aku pun sama-sama tak waras. Eloklah itu.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now