'Tap!'
Tukul hakim di pukul.
"Dengan ini, Syarikat The Local Management didapati bersalah atas tuduhan sabotaj dan tuduhan palsu."
Hakim sudah menjatuhkan hukuman kepada Syarikat The Local Management. Sudah tiga bulan dan aku bersyukur sangat yang semua kes aku dengan Anna sudah selesai.
18 Mac
【12:10 pm】
Aku dan Joey berjalan keluar dari dewan mahkamah dengan berlenggang. Buat masa sekarang, aku sudah tak akan di ganggu lagi dengan Anna dan TLM.
Catz : "Hei, Joey. Terima kasih kerana sudah banyak membantu aku."
Joey : "Apa pula? Aku tolong sedikit sahaja ini. Bagaimana kes kau dengan Ryan Choi pula?"
Catz : "Kita masih tak ada bukti untuk sabitkan dia dalam hal ini. Walaupun aku ingat sangat suara dia dalam ingatan aku."
Joey : "Hmm. Kita hanya boleh cabar dia di mahkamah akan tetapi untuk menang itu mungkin nipis harapannya."
Sambil-sambil aku dan Joey berjalan keluar daripada bangunan mahkamah. Tiba-tiba aku rasakan ada kelibat yang sangat familiar melepasi kami.
Mata aku kian membutang. It can't be.... Aku pantas berpaling. Lihat belakang pun aku sudah kenal dia, Ryan Choi.
Joey : "Kenapa ini, Catz?"
Aku tak menjawab persoalan Joey. Aku terus berjalan menuju ke arah Ryan Choi. Aku nak selesaikan kes ini cepat tanpa banyak berfikir. Bodoh betul tindakan aku ini.
Catz : "Tuan Ryan!"
Berani betul aku seru namanya. Lalu lelaki berbadan tinggi itu berpaling ke arah aku. Ianya memang Ryan Choi. Joey sudah terpaku di tempat dia berdiri.
Ryan kemudiannya berpaling ke arah aku dengan senyuman yang kurang senang aku melihatnya.
Ryan : "Ah, kita berjumpa lagi. Apa yang awak buat di sini?"
Aku yang sepatutnya tanyakan soalan itu kepada kau. Apa yang kau buat di sini? Ini bukannya pasaraya yang kau boleh sesuka hati keluar masuk tanpa sebab.
Catz : "Ada hal sedikit. Apa yang tuan buat di sini?"
Ryan : "Samalah. Ada hal juga."
Hal? Hal apa itu?
Memang kepala aku tak berhenti duduk diam ketika ini. Banyak berfikir. Selagi aku tak tahu apa masalahnya, aku tak boleh berdiam diri.
Ryan : "Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta izin untuk pergi ya?"
Catz : "N... nanti, tuan!"
Ryan : "Ya?"
Aku kena juga tanya ini. Aku tak boleh simpan lagi.
Catz : "Dua bulan lepas. Tuan kata, jaga keluarga saya. Apa maksudnya itu?"
Muka Ryan kelihatan ceria sedikit mendengar aku bertanyakan soalan itu. Macamlah aku tak nampak ekspresi wajah kau itu.
Ryan : "Oh? Saya ada kata begitu ke?"
What the f**k dia ini! Kau tahu sudah tiga bulan aku tak boleh fokus kerja sebab ayat kau itu tahu tak? Boleh pula dia buat-buat tak ingat?
Ryan : "Ah, ya. Saya ada kata begitu. Tak sangka awak ada ingatan yang agak kuat juga ya? Sayangnya, ingatan itu sekejap sahaja hilang apabila awak di berikan ubat sedatif."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...