¹⁷ 「3 September : Projek Tajaan」

17 4 7
                                    

3 September

【10:00 am】

Randy : "Catz, kau pasti ke yang kau boleh ini?"

Walaupun baru beberapa hari aku discharge dari hospital, aku terus proceed untuk datang ke program tradition ini. Dia orang semua nampak sangat risau. Maklumlah, aku anxiety teruk sangat sebelum ini. Mahu dia orang tak risau?

Cackle : "Catz.... Kalau kau masih tidak okey, janganlah paksa diri untuk ikut kita orang."

Catz : "Aku okey sahaja. Betul ini. Lagipun, terasa rugi apabila aku skip event yang sekali dalam seribu ini. Ini merupakan satu daripada self healing juga."

Melihatkan aku yang begitu yakin, dia orang tidak mampu untuk menghalang.

Randy : "Hmm.... Janji dengan aku. Kalau kau tidak larat, berhenti berehat."

Catz : "Ya. Aku tahu itu. Hehehh...."

Mengambil berat betul mereka terhadap aku. Terharu pula rasanya. Namun, apa yang telah Doktor Chen katakan itu benar. Aku tidak boleh mengaku kalah dengan dugaan sekecil ini. Ini bukan diri aku. Masa untuk bangkit!

【12:30 pm】

"Selamat datang kumpulan Xros. Kami sangat berbesar hati akan keberadaan anda semua. Terima kasih juga kepada penaja utama kita pada kali ini, anak kepada ketua syarikat The Local Management."

Why? Muka aku sudah tidak boleh kawal lagi apabila aku nampak muka syaitan seekor itu.

Anna : "Ahahahh.... Tidak mengapalah. Saya buat semua ini untuk seseorang."

Sejurus Anna memandang ke arah aku. Aku ada satu instinct. Mungkinkah ini semua telah di rancang Anna? Nak bongkarkan rahsia aku di hadapan semua ahli Xros?

Sekilas aku berpaling. Rasa menyesal pula aku beria nak sertai program ini. Yang manager pun senyap tidak bercakap. Jangan kata manager pun sudah bersubahat dengan dia?

Hmm.... Benda sudah jadi. Teruskan sahaja yang mampu.

Maka kami di bawa ke sebuah hotel untuk menginap. Tidak jauh daripada situ kami makan tengahari. Jujur aku cakap. Aku tak ada selera nak makan mengenangkan rancangan yang begitu teruk ini.

Dari jauh aku perhatikan manager dan Anna. Bukan main mesra lagi dia orang berborak. Bagaimana dia orang boleh borak biasa sedangkan dia orang tahu apa yang telah berlaku? Sungguh profesional.

Cackle : "Hei, Catz. Kau termenung apa lagi itu?"

Aku baru tersedar daripada bayangan dunia sendiri. Batu perasan aku seorang sahaja yang masih belum makan hidangan yang disediakan.

Catz : "T... tak ada apa-apa. Aku tak ada selera nak makan."

Cackle : "Eh...? Tapi kau kena makan juga. Kau pagi tadi pun tak sarapan kan? Bahayalah kau ini."

Catz : "Aku cuma tak ada selera."

Vector : "Kau akhir-akhir ini sudah tidak seceria seperti sebelum inilah, Catz. Aku tahu masalah kau besar. Cumanya, entahlah. Kau faham kan bagaimana rasanya? Seperti kau sudah berubah."

Tergumam aku apabila Vector berkata sedemikian. Aku... aku tak tahu nak balas apa. Tidak dinafikan sejak aku terikat dengan Anna, aku jarang fikirkan tentang dia orang. Jangan kata dia orang, diri aku sendiri pun kadang tidak terjaga. Aku tidak marah kalau Vector berpendapat begitu.

Catz : "M... maaf...."

'Slam!'

Secara rawak Shadow menghentak meja. Terkejut aku di situ. Mujur aku tidak makan ketika itu. Jikalau tidak, mahu tercekik aku dibuatnya. Tidak guna punya Shadow. Sudah kenapa dia pula yang tiba-tiba naik berang ini?

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now