18 September
【5:00 pm】
《Manager Winnie's POV》
Ianya suatu hari yang agak memenatkan. Nama Catz semakin lama semakin naik. Jadi saya perlu beri sepenuh komitmen memandangkan Catz sangat bersungguh-sungguh.
Tidak lama kemudian, assistant saya, Rin berjalan masuk ke dalam bilik pejabat saya.
Rin : "Bos.... Ada orang nak berjumpa dengan bos."
Eh? Siapa ya?
Winnie : "Dia ada buat apa-apa appointment dengan saya ke?"
Rin : "Tak ada. Akan tetapi dia nampaknya tak akan beralih selagi dia tak berjumpa dengan bos."
Haih.... Saya paling tak suka mereka yang datang tanpa di undang.
Winnie : "Haih.... Bagi dia masuk kalau begitu. Lagi cepat saya uruskan dia, lagi cepat dia boleh pergi."
Lalu seorang remaja lelaki baya-baya saya memasuki bilik. Jangan kata dia nak jadi idola di sini. Rambutnya perang. Jelas saya nampak wajah keegoan di situ.
Carl : "Hai.... Saya Carl. Saya datang sini nak cari kerja sebagai idol."
Saya sudah agak. Memang sudah banyak kali kes ini berlaku. Anak muda zaman sekarang main sergah masuk buat apa yang dia mahukan.
Winnie : "Maaf, kami masih belum buka sesi temuduga untuk hire idol baru."
Carl : "Haah! Saya tak perlukan temuduga. Saya serba full of talent. Hehehh...."
Winnie : "Teruskan bercakap kerana saya masih dengan pendirian saya. Cumanya kalau awak nak kerja, kerja yang ada sekarang ini ialah tukang cuci sahaja."
Sejurus lelaki itu menghentak meja tanda marah.
Carl : "Kau nak samakan aku dengan tukang cuci? Dasar.... Patutlah agensi ini begitu nazak. Hehh.... Kau masih belum kenal lagi siapa aku."
Haih.... Teknik kedua. Dia mesti akan claim yang dia adalah salah seorang daripada kenalan rapat idol di sini.
Carl : "Awak tahu tak saya ini siapa?"
Winnie : "Tak tahu dan saya tak nak ambil tahu."
Carl : "Tak guna..... Saya adalah adik kandung Catz!"
Ya. Itulah teknik yang saya katakan. Ikut sesuka hati nak claim semuanya. Walhal jelas wajah dia dengan Catz sangat jauh berbeza.
Winnie : "Ye? Sayangnya saya sudah beritahu, saya tak nak ambil tahu."
Carl : "Kau memang nak kena!"
Kali ini lelaki ini hendak mengangkat tangan menampar saya. Saya sudah bersedia untuk mengelak serangannya. Akan tetapi sesuatu yang di luar jangka berlaku.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...