⁵⁸ 「10 Jun : Semuanya Berkait? Siapa Dalangnya?」

11 2 0
                                    

10 Jun

【10:00 am】

Randy ajak berbual di kafe Red Arrow Entertainment. Entah apa yang dia nak bualkan aku pun tak pasti. Dia layan aku baik, aku layanlah dia baik. Aku tak ada mood nak marah-marah buat masa sekarang.

Randy : "Kau nak order apa? Aku belanja."

Catz : "Espresso."

Aku dapat kata yang Randy agak terkejut dengan apa yang aku pesan. Aku tak pernah minum kopi sepanjang dalam Xros. Entah sejak akhir-akhir ini aku jadi macam sukakan kopi. Kopi seperti menterjemahkan kehidupan aku. Pahit tetapi aku tetap sukakannya.

Randy : "Kau betul-betul dah tukar seleralah."

Aku hanya tersengih kerang busuk di hadapan Randy. Kalau aku tukar selera pun kenapa?Ada kacau life kau ke? Tak ada kan? Haih, sibuk betul.

Lama jugalah aku dan Randy senyap. Dah kalau lama sangat tak jumpa, macam inilah jadinya. Lagipun kali terakhir kita orang berjumpa, kita orang tak berakhir dengan baik. Jadi masih ada aura gelap itu walaupun dah bertahun aku tinggalkan tanah air.

Randy : "Urm.... Catz. Aku nak minta maaf."

Catz : "Minta maaf? Kau ada buat salah ke?"

Randy : "Ah, Catz.... Janganlah bagi aku rasa bersalah lagi. Aku dah puas tiga tahun kena blame sebab berkasar dengan kau. Aku letih."

Melihat betapa serabutnya Randy, buat aku rasa terhibur pula. Kau ini kena sampuk agaknya? Itulah, jangan fikirkan kepala sendiri sahaja. Ini yang aku rasa lagi nak mengusik.

Catz : "Hmm.... Bagaimana ya cara untuk aku maaf kan kau?"

Randy : "K... kau nak apa? Aku bagi kau semuanya."

Catz : "Kau nak bagi aku apa? Semuanya? Masa aku dalam Xros pun aku diabaikan."

Randy : "Itu dulu.... Catz, maafkan aku. Aku akan buat apa-apa sahaja."

Catz : "Haih.... An. Aku kadang tak fahamlah. Kau sangkakan persahabatan ini apa ya istilahnya?"

Randy kian membisu. Nampaknya aku kena buka segala luahan hati aku di sini.

Catz : "Hmm, aku tahu kau serabut sekarang. Xros berpecah. Reputasi Xros semakin jatuh menjunam. Cumanya kau kena faham. Kau tak boleh salahkan semuanya pada satu pihak. Dia orang ada bahagian masing-masing yang silap."

Randy : "Catz.... Kau sepatutnya terima tawaran manager untuk jadi ketua Xros sebelum ini."

Catz : "Nuh-uh. Aku tak nak. Cukuplah.... Aku pun pilih kau sebab aku percaya yang kau boleh jadi ketua yang bagus. Akan tetapi kau jangan campur adukkan hal peribadi dengan hal pasukan."

Randy sekali lagi membisu seketika sebelum dia kembali bersuara.

Randy : "Aku kesal sangat, Catz. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan."

Kasihan pula aku tengok si Randy ini.

Catz : "Kau kena go on dengan apa yang adalah. Cuba ubah semula mind set dia orang. Jangan treat dia orang sebab material tetapi treat dia orang kerana keikhlasan."

Randy : "Kau tak nak balik dengan Xros ke, Catz?"

Catz : "An.... Aku kalau balik pun, tak akan ubah apa-apa. Manager dah memang tak sukakan aku. Apa gunanya aku masih terhegeh-hegeh nak ke sini?"

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now