14 September
【10:30 am】
Catz : "Anna.... Saya masakkan bubur untuk awak."
Rentetan daripada peristiwa sebelum ini, Anna terkena demam panas. Terpaksa aku batalkan percutian sebelum ini.
Family Anna keluar oversea atas urusan bisnes. Jadi aku terpaksa bawanya ke rumah aku. Rasa serba salah pula apabila aku paksa dia sampai demam. Entah agaknya apa yang membuatkan Anna begitu takut dengan Ryan Choi.
Aku mengelap dahi Anna dengan kain yang lembap untuk redakan suhu badannya. Bahkan doktor peribadi pun aku sudah hubungi datang ke rumah.
Catz : "Anna.... Bangun makan."
Anna : "Catz.... Mmm.... Tak larat.... Hnngh...."
Dia mengerang depan aku ini sudah kenapa ye? Cukup bila kau cakap kau tak larat. Tak perlu untuk kau mengerang macam itu. Disebabkan ianya memang salah aku, aku sendirilah yang kena uruskannya. Padanlah dengan muka aku.
Catz : "Sini saya suapkan."
Terus segar Anna apabila dengar aku nak suapkannya. Ini sakit ada makna namanya. Sambil aku suap Anna makan, sambil kepala aku tidak henti berfikir.
Choi Ent. Apa yang dia orang sorokkan sebenarnya? Apa kaitannya dengan The Lord Management? Mesti lebih daripada rakan sekerja. Aku rasa, aku sudah kena fikir perancangan. Aku tidak tahan hanya duduk melayankan perempuan ini.
【2:40 pm】
Anna sudah tidur. Aku pula sudah memikirkan perancangan.
Catz : "Hello. Kau free ke? Aku ingat nak jumpa kau petang ini."
Nak tahu aku hubungi siapa? Tunggu sahaja nanti.
【3;00 pm】
Aku hidupkan enjin kereta dan bergegas ke sebuah kafe berdekatan. Parkir kereta di tempat yang sudah disediakan dan berlalu pergi.
Masuk sahaja kafe, daripada jauh aku sudah nampak kelibat manusia yang aku sudah janji hendak jumpa.
Shadow : "Apahal kau lewat ini?"
Ya. Inilah dia manusia yang aku hendak berjumpa. Kenapa dia? Aku tahu Shadow adalah manusia kedua yang banyak pengalaman dalam bidang industri muzik selepas aku. Sudah pasti dia tahu serba sedikit tentang Choi Ent ini.
Catz : "Ah, maaf. Jalan sesak."
Shadow : "Haa, duduklah. Apa yang kau nak bagitahu aku itu?"
Dengan perlahan aku duduk di atas kerusi kosong di hadapan Shadow. Dia mesti sangat terkejut kalau dengar rancangan aku.
Catz : "Bagaimana keadaan Red Arrow sekarang?"
Shadow : "Bosan. Kebiasaannya kita akan practice tujuh orang tetapi kali ini terpaksa practice enam orang sahaja. Bukan itu sahaja. Album terbaru ini pun hanya enam orang sahaja terlibat."
Aku agak terkejut yang album Xros kali ini aku tak terlibat. Sayangnya....
Catz : "Manager tak ada maklumkan kepada aku apa-apa pun berkaitan album baru."
Shadow : "Aku risau yang manager ada niat nak buang kau daripada kumpulan."
Catz : "Haih.... Dengar sini, Shadow. Aku hanya perlukan sedikit sahaja masa sebelum aku letupkan pejabat Manager Ichiya itu."
Mata Shadow terjegil sedikit mendengarkan ayat aku. Mungkin pertama kali dia mendengar ayat aku yang agak savage.
Shadow : "Wau.... Daripada mana kau dapat semangat itu?"
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...