25 Ogos
【2:30 pm】
Fan meetings event kami sudah pun tamat. Tak guna punya syaitan seekor itu. Boleh pula dia tiba-tiba datang event kali ini? Siap panggil aku darling lagi! Memang sengaja nak bagi kantoi ke apa?
Aku harap tiada sesiapa yang perasanlah. Haih....
Aku kini sedang duduk di belakang pentas. Masih berpeluh dan risau. Cuba untuk bertenang setelah terserempak dengan syaitan seekor itu.
Shadow : "Yow~"
Catz : "Gak!"
Terkejut aku! Entah daripada mana mangkuk ini tiba-tiba sahaja berada di belakang aku. Mahu kena luku dengan aku ke apa?
Catz : "Kau apahal?"
Shadow : "Relax.... Aku sengaja nak panggil kau. Dia orang semua dah nak gerak dah. Jom."
Selamba sahaja muka Shadow tika itu. Dasar budak tak makan saman. Mahu sahaja aku lesing kepalanya naik ke loteng.
Catz : "Y... ya. Aku datang ini."
Shadow : "Ah. By the way, siapa perempuan yang panggil kau darling itu?"
Sebaik sahaja Shadow mula buka cerita fasal syaitan itu, aku sudah mula berpeluh. Dia perasan ke? Come on, Catz. Kau kena cover ini. Kalau tak makin besar kes ini.
Catz : "A... aku tak kenal. Mungkin dari kelab peminat."
Shadow : "Hahahh.... Dia sangat berani panggil kau darling. Lepas itu kau patut tengok muka kau tengah panik tadi. Hahahahhh...."
D... dia gelakkan aku ke tadi? Kurang asam betullah. Tidak mengapalah. Asalkan dia tidak syak apa-apa, aku okey.
Catz : "Senyaplah kau."
Shadow : "Hahahahh.... Apa pun, dia memang peminat tegar kaulah. Sampai cincin dia pun sedondon dengan kau."
Aku kian membisu. Dia perasan? Bagaimana dia boleh perasan? Detail gila.
Catz : "Haa?"
Shadow : "Apa? Jangan ingat aku tak perasan. Kau itu bukannya jenis yang suka pakai aksesori ini. Apabila kau dah mula belajar pakai cincin, aku agak terkejut. Ingatkan kau akan terus kekal ketinggalan zaman."
Mulut si budak Shadow ini memang tak ada insurans sedikit. Minta kena jahit mulutnya. Namun pada ketika itu, bukan perihal itu yang aku sibukkan. Aku sibuk memikirkan kata-kata Shadow. Adakah mereka yang lain-lain turut sama perasan?
Punya lama aku termenung sehingga aku tidak sedar Shadow sudah berkali-kali menyeru nama aku.
Shadow : "Hmm.... Catz?"
Catz : "Ah, ya?"
Shadow : "Kau ada sorokkan apa-apa ke?"
Catz : "Ya. Cumanya aku tak mahu bercerita tentangnya. Jomlah. Dia orang semua mesti sudah menunggu kita."
Aku hendak berjalan melepasi Shadow. Akan tetapi entah kenapa malao'n seekor ini menghalang laluan aku.
Catz : "Urm, excuse me."
Shadow : "Kau tak nak berkongsi masalah kau tetapi reaksi kau sangat kusam. Kau ingat aku ini tunggul ke boleh tengok sahaja reaksi asam keping kau itu?"
Tak. Sekarang ini, apa masalah dia tiba-tiba buat ayat begitu?
Catz : "Aku tak nak bercerita. Itu pendirian aku. Kau jangan nak sibuk urusan aku."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...