15 Jun
【8:30 am】
"Nnghh...."
Aku terjaga dari tidur. Pantas aku melihat ke arah jam pada telefon bimbitku. Sekarang ini sudah pukul 8.30 pagi. Sudah lewat sejam daripada masa sepatutnya aku bangun. Aku tak sedar langsung bunyi alarm telefon.
Aku mula menggeliat meregangkan otot-otot badan aku ini. Syukur yang kepala aku sudah tidak sakit seperti semalam. Boleh aku berfikir dengan waras.
Aku mengorak langkah ke bilik air untuk mandi. Pada ketika itu kesemua ahli Xros sudah bersiap di ruang tamu menunggu pengangkutan company pada pukul 8.45 pagi. Aku seorang sahaja yang santai baru nak pergi mandi. Aku dapat MC kan?
Shadow : "Kau tengok Catz. Santai sahaja. Untunglah dapat cuti."
Spoil mood betullah pakcik seorang itu. Aku lesing dengan bontot kuali tak nampak masa depan.
Lynx : "Dia tengah tak sihat. Memang patut pun dapat cuti. Apa masalah kau ini?"
Haa, nice. Aku suka kalau Ex masuk campur. Mahu tak ada sesiapa berani lawan.
Shadow : "Aku cakap sahaja.... Janganlah nak marah-marah."
Lynx : "Kita sepatutnya kena faham situasi dia. Bukan lagi bebankan kepala dia."
Shadow : "Ye, ye.... Aku cakap aku sengaja sahaja kan? Tak perlulah nak serius sangat."
Randy : "Sudah. Kau orang ini tak boleh ke kalau tak bergaduh? Ada sahaja topik yang nak digaduhkan."
Ehekk.... Dia orang memang selalu begitu. Just don't take it seriously ya? Bak kata, gaduh-gaduh manja sahaja itu.
Randy : "Haa, Catz. Kalau ada apa-apa call sahaja kita orang tau?"
Catz : "Ah, ya. Training elok-elok semua."
Xiwen : "Yosh! Kau itu banyakkan rehat. Kita orang tau, balik ini kau sudah okey ye?"
Ahh.... Tingginya expectation kau ini, Xiwen. Risau aku. Tak lepas KPI ini.
Catz : "O... okey."
Memandangkan kenderaan company sudah sampai, dia orang semua beransur pergi. Maka tinggallah aku seorang diri di rumah yang sebesar-besar alam ini. Rumah banglo dua tingkat dengan empat bilik besar, tiga bilik air.
【9:30 am】
Aku baru sahaja selesai mandi. Masa mandi pun tak tenang sebab aku terfikirkan suara lelaki yang terlintas dalam kepala aku semalam. Siapa lelaki itu ya?
'Aku cabar kau untuk ingat aku'. Apa maksudnya? Adakah ianya ada kaitan dengan kes kelmarin?
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, pakar terapi aku sudah sampai. Sungguh drama semua ini. Time-time aku tengah berfikirlah dia nak sampai ye?
【11:00 am】
Catz : "Haa. Ya, manager. Terima kasih banyak-banyak...."
Sudah lebih 40 minit sesi terapi aku tamat dan selama itulah manager tak lekang call aku. Gila banyak dia nak cakap dekat aku. Telinga aku sudah tak mampu bertahan lagi.... Lama lagi ke orang tua ini nak berborak dengan aku.
Catz : "Baik, manager. Saya akan okey. Jangan risaulah. Betul ini."
10 minit kemudian, barulah manager tamatkan panggilannya. Mengah aku nak layankan dia. Kuat aku hempaskan punggung di atas sofa. Lagi letih berborak dengan manager daripada berborak dengan pakar terapi tadi.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Ficção AdolescenteGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...