3 Oktober
【8;30 am】
Aku sudah tiba di lapangan terbang untuk projek comeback runaway. Flight kami pukul 10.00 pagi dan kami dikehendaki naik flight seawal jam 9.00 pagi. Jadi aku sampai 30 minit awal.
Sampai-sampai, aku tahu cuma ada Manager Ichiya sahaja. Aku ini sudahlah datang sehelai setinggan. Bodyguard pun aku tak bawa. Dengan rambut aku warna perang lagi. Memang terpaling menyerlahkan di situ.
Catz : "Manager.... Di mana yang lain-lain?"
Aku ini tanya sekerat sahaja tau. Tak fasal-fasal aku dimarahinya.
Ichiya : "Awak tanya saya? Sepatutnya saya tanya di mana kawan-kawan awak yang lain!"
Apakah dosa aku sehingga dosa orang lain pun dikaitkan dengan aku?
Catz : "Manager.... Saya dah duduk berasingan dengan dia orang. Janganlah manager nak expect saya tahu semua benda yang dia orang buat."
Terdiam kaku Manager Ichiya di situ. Aku tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran manager pada ketika itu. Sungguh dah berkali-kali aku bagitahu yang aku duduk berasingan, dia masih lagi fikir aku duduk dengan ahli Xros yang lain.
Tidak lama kemudian, Manager Ichiya kembali bersuara. Agaknya baru ada topik yang nak dibualkan?
Ichiya : "Catz. Awak sudah tak berminat nak duduk di rumah yang saya telah sediakan ke?"
Hmm? Kenapa pula manager come up dengan topik ini?
Catz : "B... bukan tak berminat. Cumanya akhir-akhir ini terlalu banyak perkara sudah berlaku kepada saya. Jadi saya perlukan masa bersendirian kadangkala."
Ichiya : "Hmm. Saya harap awak boleh balik ke rumah Xros kembali. Saya tak larat asyik kena tanya dengan wartawan tentang awak."
Catz : "A... apa?"
Kau mahu aku tak terkejut? Senyap punya senyap rupanya ada benda yang berlaku di belakang aku.
Ichiya : "Mereka mempersoalkan kenapa awak duduk berasingan dengan Xros yang lain. Ini lagi awak ada dua contract, lebih hairan pula netizen."
Aku hanya mampu berdengus. Bab netizen ini, memang menteri pun tak boleh nak buat apa-apa. Mereka sendiri hanya termampu block dan pekakkan telinga. Apatah lagi aku yang memang tak berapa penting dalam negara ini.
Catz : "Hmm.... Manager, saya duduk berasingan ada juga sebab tertentu. Bukannya saya sengaja berbuat begitu. Kenapa manager seolah-olah takut untuk membela saya ya?"
Tanpa aku sedar, persoalan aku itu menusuk ke dalam jiwa Manager Ichiya. Jujur, aku sudah lama pendam dengan manager ini. Dia sejak akhir-akhir ini tak pernah menyebelahi aku. Seolah-olah dia nak kata semua ini berlaku atas silap aku sendiri.
Terdiam kaku Manager Ichiya di situ. Aku ini bukanlah manusia yang pendendam. Akan tetapi jangan sampai aku mula membenci seseorang itu. Memang aku akan butakan mata daripada melihatnya.
Keadaan yang awkward ini berterusan sehingga ahli Xros yang lain tiba. Sampai ke sudah kami berdua senyap begitu.
Cackle : "Catz! Awalnya kau sampai."
Catz : "Kau orang yang lambat sebenarnya."
Ichiya : "Baiklah. Semua naik flight sekarang. Sudah lewat dah ini."
Intonasi Manager Ichiya agak deras kali ini. Walaupun dia agak tegas sebelum ini, namun kali ini aku dapat rasa aura yang kurang senang daripada intonasi suaranya.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...