10 Mei
【8:30 am】
Awal-awal pagi lagi aku sudah berada di pentas masked singer untuk rehearsal malam ini. Ada lima belas orang peserta yang aku tak tahu pun siapa mereka di sebalik topeng itu.
Aku sendiri pun tak tahu siapa dalam topeng itu. Ini lagi kan yang berada di luar stage. Boleh jadi sesiapa sahaja di sebalik topeng itu. Harapnya tak adalah antaranya ahli Xros.
Lagu pertama yang aku pilih, lagu hip hop. That's mean, yes. Ada banyak part rap. Risiko juga aku nak bawa lagu begini sebab aku dah lama tak menyanyi rap.
Tujuan aku pilih lagu hip hop sebab nak kelirukan penonton. Mesti dia orang akan teka aku sebagai rapper. Kalau aku menyanyi lagu pop, risau jelas sangat dengar vokal aku. Kau orang faham kan?
Aku tengok semua peserta hebat-hebat. Aku ini dah terlalu lama duduk di China. Jadi aku dah tak berapa kenal dengan artist tempatan di sini. Kau ini siapa? Kau tinggal sini ke? Haa, begitu.... Sebagai maklumat tambahan, bukan semua lima belas orang ini adalah penyanyi. Boleh jadi dalam tiga ke empat orang sahaja yang penyanyi.
【10:00 am】
Okey, turn aku untuk buat rehearsal. Ianya hanya rehearsal untuk dance dan performance. Jadi lagu aku ala-ala bad boy. Rasanya kau orang semua tahu lagu ini. Tajuknya 'Haa Tepuk'. Itulah lagunya. Bayangkanlah aku nak menyanyi lagu itu dengan suit Doctor Plague itu. Rare sangat....
Matlamat aku apabila sampai di atas pentas ialah aku nak jadi diri aku sendiri. Producer pun baik sangat sebab dia sangat open nak biarkan aku buat apa-apa di atas pentas itu. Ini yang buatkan aku jadi makin tak sabar. Aku tahu kau orang pun mesti tak sabar kan? Jadi demi kau orang semua, aku terus skip ke malam ini.
【9:00 pm】
Haa, aku memang lompat terus ke malam ini. Rancangan masked singer bermula jam 9.00 malam. Katanya ada lima orang juri. Aku tak didedahkan pula siapa juri untuk rancangan ini? Rasanya nanti aku akan kenallah itu.
"Selamat datang ke rancangan the masked singer! Siapakah penyanyi di sebalik topeng? Kita bawakan lima orang juri yang akan melakukan tekaan siapakah penyanyi di sebalik topeng."
Pengacara kali ini, Rave. Jejaka yang pernah dua kali menang award pengacara unggul. Haa, dia dah mula panggil kesemua juri. Aku nak juga tahu siapa juri dia.
Rave : "Juri pertama, David!"
Eh? David?
Maka masuklah seorang lelaki berusia 30-an ke pentas. Aku fikirkan Davidson Arguet. Payah juga kalau ada juri dalam kalangan Xros. Akan tetapi tak mungkinlah kan? Dia orang terlalu sibuk. Betul tak?
Jadi kalau bukan Davidson Arguet, dia mesti pelakon yang digilai ramai itu. For sure. Next?
Rave : "Juri kita yang kedua, Sani."
Okey, Sani ini seorang lelaki berusia lebih kurang aku. Cuma bezanya, dia seorang pengacara. Alamak.... Dia ini dahlah kenal ramai orang. Bahaya ini.
Rave : "Juri yang ketiga, Dina."
Dina pula seorang penyanyi. Aku tak sempat nak menyanyi dengan dia pun. Hahahahh....
Rave : "Seterusnya, Cassie."
Oh, sekejap. Bagi aku recall semula. Dia director kalau tak silap. Ini dah keempat kan? Jadi siapa juri terakhir?
Rave : "Juri kita yang terakhir, Harry."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...