¹⁶ 「26 Ogos : Amaran」

16 4 4
                                    

26 Ogos

【10:30 am】

Kami kumpulan Xros sudah berada di dalam bilik mesyuarat untuk membincangkan tentang program yang telah diberitahu Manager Ichiya semalam. Bukan main panjang lagi manager ini berhujah. Dari A sampai Z dia membebel. Malas aku nak mendengarnya.

Ichiya : "Baiklah. Semua jelas ya?"

Okey. Biar aku ringkaskan apa yang telah Manager Ichiya katakan.

Pertama, kami akan di bawa ke sebuah studio tari tradisional di bandar. Kedua, kami ke sana selama tiga hari dua malam. Ketiga, tujuan kami ke sana untuk melaksanakan acara pembukaan sempena hari tradisi negara. Jadi ya sudah semestinya kami diarahkan untuk menari tarian tradisional. Memang sah aku kena pakai Hanbok. Kalau tak Hanbok pun, Kimono mungkin. Haih....

Baiklah. Yang terakhir, kami akan ke sana seawal 8.00 pagi pada tarikh empat belas September. Upacara tradisi kali ini di adakan pada akhir bulan September. Tidak banyak masa yang diperuntukkan untuk kita orang berlatih. Aku sudah dapat bayangkan jadual kita orang mesti sendat.

Itu sahaja kesimpulan daripada apa yang telah manager katakan. Tetapi nak dengar dia cakap satu-satu, mahu berdarah telinga ini. Panjang mengalahkan pertandingan syarahan masa sekolah.

【2:30 pm】

Kita orang baru selesai meeting itu. Kau bayangkan betapa lamanya kita orang mereput terpaksa dengar bebelan free manager itu.

Shadow : "Gah.... Manager memang suka merumitkan benda yang mudah. Tak boleh ke dia direct to the point terus? Ini tidak. Sekejap menyimpang ke sana, sekejap menyimpang ke sini."

Xiwen : "Mujur yang dia ada meeting lain selepas ini. Kalau tidak, sampai pukul 5.00 belum tentu dia akan berhenti cakap."

Haa, kau orang dengarlah sendiri rungutan dia orang. Antara sebab kita orang benci meeting. Itulah dia sebabnya. Banyak buang masa.

Namun, secara tiba-tiba telefon aku berbunyi. Perlahan-lahan aku seluk kocek seluar mencapai telefon bimbit. Bersinar bola mata aku apabila nampak nama Mint.

Okey, Catz. Cari ruang. Baru boleh jawab panggilan Mint.

Aku mengubah haluan aku menuju ke tandas demi untuk menjawab panggilan Mint. Entah kenapa, hanya tandas sahaja yang terlintas di dalam kepala aku. Segera aku menjawab panggilan itu.

Catz : "Hello."

Mint : "Catz. Awak free tak hari ini? Saya baru sahaja habis training ini. Kebetulan trainer kita orang ada urusan jadi kita orang habis awal. Ada masa free sekarang ini."

Adakah ini yang dikatakan takdir? Aku pun memang tengah free. Hehehh....

Catz : "Ah, kebetulan saya pun tengah free sekarang."

Maka aku dan Mint set up masa dan tempat untuk berjumpa. Setelah sekian lama aku tidak berjumpa dengannya, akhirnya dapat juga aku melepas rindu.

【4:15 pm】

Aku tiba di sebuah kafe tiga bintang yang terletak tidak jauh daripada bangunan The Local Management. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa mesti Mint nak dating di tempat yang dekat dengan bangunan puaka itu? Aku trauma dengan hanya melihat logo syarikat itu sahaja.

Neh.... Tak ada apa-apalah. Semuanya akan baik-baik sahaja. Jangan overthinking, Catz.

Aku memberanikan diri untuk masuk ke kafe itu. Dari jauh aku sudah nampak susuk Mint di meja couple paling hujung. Teruja sungguh aku hendak berjumpa dengannya.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now