⁶⁰ 「10 Jun : Pergelutan Dahsyat Demi Pengakhiran Yang Diimpikan」

27 3 0
                                    

10 Jun

Awas! Babak di bawah ini ada unsur keganasan dan bahasa kesat. Mohon pembaca aware kerana author dah bagi amaran. Read at your own risk.

【••••】

Aku dah tak tahu sekarang ini pukul berapa. Kepala aku sakit sangat kesan daripada terhantuk tadi. Aku terkepung.

Carl : "Joseph, pegang dua-dua tangan dia."

Kasar lelaki yang bernama Joseph menghambat kedua-dua belah tangan aku.

Catz : "Argh.... Perlahan sedikit."

Carl : "Oh, tahu pun kau nak suruh aku perlahan sedikit? Hidung aku yang kau baling dengan dulang tadi kau tak perlahan kan?"

Catz : "Sekurang-kurangnya lebih baik daripada kau baling aku dengan kuali tadi."

Pergelutan kali ini memang memakan tenaga aku. Aku harap bantuan dalam perjalanan. Aku hanya perlu lengahkan masa sahaja. Dah aku dalam keadaan terkunci begini, apa yang aku mampu buat? Duduk diam sahajalah.

Lantaran itu, Carl yang masih utuh duduk di atas badan aku menyeluk setiap poket seluar aku. Entah apa benda yang dia carilah? Dalam kocek seluar aku hanya ada kad akses apartment sahaja.

Catz : "Kau cari apa?"

Carl : "Kau tak bawa telefon bimbit ke?"

Catz : "Aku datang berlenggang. Tak ada apa-apa. Kenapa? Takut aku rakam suara kau ke?"

Senyuman sinis terukir pada bibir Carl. Aku memang datang sehelai sepinggang akan tetapi aku tak bodoh untuk berdiam tanpa panggil bantuan sebelum aku ke sini. Cuma cepat atau lambat sahaja bantuan akan sampai.

Carl : "Hehh.... Kau memang sengaja menempah maut. Dari mana kau dapat kad akses ke sini haa?"

Catz : "Daripada ayah. Ayah suruh aku berbincang elok-elok dengan kau."

Carl : "Berbincang elok-elok? Hahahahh.... Kau yang tiba-tiba rempuh masuk ke dalam rumah ini. Kalau aku buat laporan, sekelip mata kau akan di tangkap kerana menceroboh."

Catz : "Menceroboh apa pula? Ini rumah ayah. Bukannya rumah kau. Aku pun ada hak nak masuk ke sini. Betul tak?"

Carl : "Kau tutup mulut kau itu...!"

Panas Carl dengan kenyataan aku. Betul apa yang aku katakan itu? Dia tak ada hak nak sabitkan aku atas kesalahan menceroboh sebab aku pun ada hak ke atas rumah ini.

Dia punya geram, habis dia cengkam kuat rahang aku. Aku tahulah jawline aku mengancam. Tak payahlah dengki sangat. Tahu tak sakit dia cengkam begitu?

Catz : "Kau ini dah hilang akal agaknya."

Carl : "Jangan cakap dengan cerminlah. Kau itu yang hilang akal kerana berani serang aku."

Catz : "Tch.... Sudahlah, Carl. Jomlah kita berbincang elok-elok. Suruh bodyguard kau ini lepaskan aku. Lenguh dah tangan aku terangkat begini. Dengan kepala aku yang terhantuk lagi."

Carl : "Kau ini banyak songeh betul kan? Kau fikir aku semudah itu nak lepaskan kau? Kau masih agresif. Pasti kau akan bertindak untuk melepaskan diri."

Catz : "Haa.... Aku dah penat berlari daripada tadi dengan kau. Lagipun kau ada dua orang bodyguard yang gagah perkasa. Tak akan kau masih takut kepada aku yang seorang ini?"

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now