27 Mei
《Mint's POV》
【8:30 am】
Mint : "Honey, panasnya badan awak ini."
Ehee.... Catz demam panas. Mungkin aku usik dia teruk sangat malam kelmarin. Itulah, siapa suruh senang sangat biarkan Kak Hana masuk dalam kereta dia? Nasiblah....
Catz : "Sayang.... Siapa pergi jaga mak?"
Hmm.... Dalam keadaan dia sakit begini pun dia masih fikirkan tentang mak aku. Aku patut rasa cemburu ke?
Mint : "Honey.... Awak berehat sahajalah. Nanti saya tahulah nak tengokkan mak bagaimana."
Catz : "Sayang.... Mak akan menjalani pembedahan jantung. Kosnya 500 000...."
Terperanjat aku mendengar kata-kata Catz. Kenapa aku baru tahu ini? Like, aku tahu yang mak ada sakit jantung cumanya sampai tahap kena pembedahan itu aku terkejut sangat.
Mint : "Honey, kenapa awak baru bagitahu saya sekarang?"
Catz : "Saya nak bagitahu semalam tetapi saya tak larat sangat semalam. *Koff!"
Aku panik mendengar jumlah kos pembedahan yang sebegitu besar. Aku nak cekau duit dari mana ini?
Mint : "Bagaimana ini? 500 000 itu jumlah yang sangat banyak."
Catz : "Jangan risau, sayang. Saya dah bayarkan. Kita cuma kena doa yang baik-baik sahaja untuk mak."
Sekali lagi aku membisu. Mata aku mula berkaca. Aku tak sampai hati.... Kenapa Catz bayarkan semuanya?
Catz : "S... sayang? Kenapa awak menangis ini?"
Mint : "Uwaa.... Awak bayarkan kos pembedahan mak, sedangkan mak layan awak teruk sangat. Uhuhuhh.... Honey.... Kenapa awak ini baik sangat?"
Catz : "Sayang.... Hmm.... Saya nak cakap ini risau awak tak percayakan saya. Sebenarnya, Danial dan Hana kedua-duanya saling tolak-menolak untuk bayar kos rawatan mak. Sampaikan dia orang gamak nak biarkan sahaja mak mati. Saya tak sanggup dengar begitu, Mint."
C... Catz.... Kau ada hati yang sangat baik. Aku pula yang rasa malu sebab keluarga aku semuanya tak boleh pakai. Uhuks....
Mint : "Catz, saya akan bayar semula kos rawatan mak dekat awak ya?"
Catz : "Eh? Janganlah, sayang. Saya ikhlas ini nak tolong."
Mint : "Tak boleh, honey. Saya malu sangat. Sepatutnya awak tak ada kaitan dalam kes ini."
Catz : "Ada pula awak kata macam itu? Kita dah berkahwin, sayang. Tak ada istilah masalah peribadi untuk kita berdua. Susah senang kita sama-sama."
Mint : "Tapi ini awak susah seorang-seorang kalau awak tak bagi saya bayar balik kos rawatan mak itu."
Catz : "Kalau begitu, awak bayar balik dengan sara saya sepanjang dua bulan ini."
Aku membisu seketika. Lagilah aku rasa bersalah. Dia kata begitu, mestilah sebab duit poket dia dah habis.
Mint : "Duit awak mesti dah habis kan? Ya, saya akan buat sehabis yang mungkin untuk jaga awak."
Catz : "T... tak. Bukan duit poket saya habis. Cumanya hasil kebun baru sahaja dapat beberapa hari lepas. Sekarang ini, saya terpaksa kena tunggu musim seterusnya pada bulan hadapan."
Mint : "Tak mengapa. Saya akan jaga awak baik-baik."
Senyuman nipis terukir pada bibir Catz. Sedikit sebanyak aku rasa gembira dapat lihat dia tersenyum walaupun hanya untuk beberapa saat.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Fiksi RemajaGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...