³¹ 「3 Januari : Pertemuan Dengan Ryan」

20 5 4
                                    

3 Januari

《Mint's POV》

【8:30 pm】

Catz : "Maaf.... Saya minta maaf. Saya akan cuba perbaiki semula semua ini."

Mint : "Baiki? Bagaimana?"

Catz : "Dengan memperisterikan awak."

Nanti! Aku tak salah dengar kan? Sesiapa? Tolong cubit aku!

Catz : "Saya akan failkan dokumen perkahwinan kita selepas saya selesaikan kes mahkamah dengan Anna."

D... dia betul-betul buat keputusan untuk berkahwin dengan aku.... Sangat tak disangkakan.

N... nanti.... Kalaulah dia buat keputusan untuk berkahwin dengan aku, tidakkah orang akan cemuh dia lagi? Ya, rule di sini setiap idola yang berkahwin akan di anggap not valid lagi kalau nak tahu. Bagaimana dengan life dia nanti? Aku tak nak dia sengsara hanya kerana aku pula.

'Tap!'

Aku memegang kedua-dua belah pipi Catz. Jangan begini, Catz. Aku tak bermaksud nak buat kau rasa bersalah sampai begini. Aku cuma nak ajar kau sedikit sahaja. Sedikit sahaja...!

Mint : "Catz.... Jangan."

Catz : "Hmm?"

Mint : "Jangan lagi.... Bagaimana dengan kehidupan awak selepas ini? Kalau kita berkahwin... awak...?"

Catz : "Mint.... Saya tak peduli sangat dengan life saya. Apa yang menjadi keutamaan saya adalah awak. Life saya dah cukup sempurna dengan hanya ada awak di sini."

Kya! Catz! Sejak bila dia belajar jadi sweet talker sangat ini? Tak boleh! Tak boleh! Aku tak boleh tewas. Aku kena buat sesuatu.

Mint : "Tak, Catz. Saya masih belum bersedia."

Catz : "Eh?"

What? Kenapa Catz buat muka tak semengah sangat ini? Aku tak salah cakap kan?

Catz : "Betul ke ini awak, Mint?"

Ini mesti dia tak percaya yang aku tolak lamaran dia. Uhuhuhh.... Ikutkan hati, aku nak kahwin dengan kau sekarang, Catz. Tapi masih belum sesuai lagi masanya. Nak murung aku begini.

Mint : "Betullah ini saya. Awak ini sudah kenapa?"

Catz : "Awak sudah banyak berubah."

Mint : "Hei, cuba tanya diri awak itu. Awak pun lagi banyak sudah berubah."

Cakap orang, sendiri tak sedar. Inilah manusia.

Catz : "Haih.... Sudah banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Saya kena terima yang setahun dua ini merupakan tahun paling mencabar saya."

Ya. He went through many things lately. Aku punlah.... Tak boleh nak salahkan dia.

Mint : "Maaf. Saya tahu awak bekerja keras kebelakangan ini. Saya tak patut cakap begitu."

Catz hanya senyap tak berlagu di sisi aku. Aku teringin nak tahu apa benda yang asyik bermain dalam kepalanya. Entah dia dengar ke tak apa yang aku cakap ini? Terasa nak mengusik dia sekejap.

'Ngap!'

Aku gigit lembut telinga dia. Mengelamun sahaja daripada tadi. Geram aku. Memang merah terus muka dia. Ya, inilah reaction yang aku nak lihat sebenarnya.

Catz : "M... Mint...! Apa yang awak cuba lakukan ini?"

Mint : "Saya lapar. Nak makan awak boleh?"

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now