³ 「18 Jun : Perjanjian Dengan The Local Management」

24 5 11
                                    

18 Jun

【1:25 pm】

"One, two, three, four. One, two three, four."

Ianya hari latihan tarian koreografi untuk single aku yang akan datang. Sudah dua hari aku masuk kerja selepas aku berehat daripada kes pelik itu.

Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja. Cumanya adalah beberapa orang netizen yang mula memandang serong terhadap aku. Eh, masalah pula dia? Dalam berita sudah bagitahu yang aku tak bersalah kan? Lantak kaulah nak percaya ke tidak yang pasti aku memang cakap benda yang benar.

'Skreet, skreet, skreet.'

Bunyi tapak kasut aku bergesel dengan lantai bergema ketika mana aku berlatih. Lagu yang aku bawa ini tak adalah rancak pun. Lebih kepada lagu genre soft balada.

Genre pun balada maka step tariannya kau orang semua faham-fahamlah bagaimana. Agak menggoda lain macam. Bahu dan pinggang main peranan penting ye? Hmm....

Syukur tak ada adengan yang tak senonoh dalam tarian mahupun muzik video ini. Red Arrow Entertainment amat menitikberatkan unsur yang kurang sopan ini. Itu apa yang aku tabiklah tentang company ini. Dia memang menjaga air muka anak buahnya.

"Okey. Latihan kita sampai di sini sahaja. Jangan lupa untuk banyakkan rehat ya?"

Catz : "Baik. Terima kasih, Encik Yoong."

Masa kerja aku dipendekkan buat seketika ini. Sudah tular isu aku itu maka kesemua kakitangan Red Arrow mengambil berat akan kondisi aku.

Aku hargai sangat yang dia orang prihatin terhadap aku. Tapi adakalanya bosan juga hidup begini. Maka aku ke tempat latihannya ahli Xros yang lain. Selamba aku terjah masuk bilik latihan dia orang.

Gigih aku tengok dia orang berlatih menari di bawah pimpinan Encik Kai.

Cackle : "Catz...! Kau dah habis berlatih ke?"

Catz : "Dah. Aku nak join kau orang boleh?"

Shadow : "Sudah alang-alang kau masuk, join sahajalah. Di tanya pula."

Catz : "Hehehh...."

Dia orang memang okey sahaja. Akan tetapi wajah Encik Kai sudah berubah.

En. Kai : "Kamu sepatutnya berehat, Catz."

Catz : "Ah, saya akan okey, Encik Kai. Jangan risau. Saya bukannya sakit pun."

En. Kai : "Minta maaf, Catz. Saya tak boleh benarkan kamu buat begitu."

Haih.... Susah hati betul Encik Kai ini. Aku kena balik rumah teruskah ini? Bosannya. Aku ada lagi masa lapang sampai pukul 5.00 petang ini.

Terpaksalah kalau begitu. Mereputlah aku di rumah. Alalalaa....

【2:00 pm】

Aku masih lepak di kafeteria studio. Malas nak balik sebab kalau aku balik rumah pun bukannya aku buat apa-apa.

Sambil-sambil aku lepak minum teh, aku dengar bunyi yang agak kecoh di kaunter khidmat pelanggan betul-betul tidak jauh dari kafe yang aku duduki. Kenapa itu? Macam nak kiamat aku dengarnya.

Disebabkan aku bosan plus tak ada kerja, aku pun mengatur langkah ke kaunter khidmat pelanggan. Apa yang aku nampak, ada seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an sedang bertekak dengan kakak penjaga kaunter di situ.

Apahal pula masalah orang tua itu? Selamba aku hendak menegur lelaki itu.

Catz : "Minta maaf, encik. Apa bising-bising ini?"

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now