11 Mei
【7:40 am】
Catz : "Siapa itu?"
Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita dalam lingkungan 30 ke 40-an begitu.
"Mint, buka pintu ini!"
Sebaik sahaja bergema suara wanita itu, muka Mint kian berubah menjadi pucat.
Mint : "Catz...."
Tiba-tiba dia menjadi panik. Yang lebih mengejutkan dia tiba-tiba mengheret aku ke almari berdekatan.
Mint : "Honey, awak menyorok."
Catz : "Eh, apa? Kenapa ini, sayang?"
Mint : "Mak. Mak saya...."
Terkejut aku mendengar kenyataan Mint. Dia datang awal-awal pagi begini?
Mint : "Awak, menyorok...."
Catz : "Okey, okey."
Mint : "Jangan keluar selagi saya tak bagitahu."
Nak tak nak, aku kena akur dengan arahan Mint. Bukan aku takut nak berhadapan dengan mak dia. Cumanya aku risau kalau Mint yang teruk dikerjakan.
Habis aku di sumbat ke dalam almari. Aku hanya boleh mengusha di sebalik lubang pintu almari sahaja. Maka bermulalah perbualan antara Mint dan maknya.
Seram pula aku. Dia orang macam tengah berperang di dalam rumah.
"Kau ke mana haa, anak bertuah?"
Tinggi nada suara mak Mint. Dia panggil anak dia macam panggil anak jiran.
Mint : "M... mak, saya ada urusan di luar negara."
"Alasan. Kau ini, banyak alasan tahu? Haih, kenapalah anak bongsu aku perangai macam ini?"
Oh.... Mint anak bongsu rupanya. Aku baru tahu.
Mint : "M... mak. Sekurang-kurangnya saya ada kerja."
"Kerja apa kau ini? Kerja jual badan? Kakak-kakak dan abang kau semua kerja ada masa hadapan. Kau? Terjoget-joget di atas pentas itu. Tak malu?"
Auch-! That's harsh.... Dia label kita orang ini sebagai orang yang jual badan? Tragic.... Kasihannya Mint. Rupanya mak dia tak suka dia kerja jadi idol.
Mint kian membisu di atas kerusi. Kalau aku jadi dia pun aku akan diam. Seolah-olah kami ini jahat sangat.
"Itulah.... Aku dulu masukkan kau sekolah suruh belajar pandai-pandai. Ini tak. Entah apa-apa sahaja yang dia buat di sekolah itu. Dah terlajak macam ini, hadap sahajalah."
Hei.... Mint bukan tak ada masa hadapan. Masa hadapan dia cerah tahu? Mak apa yang akan cakap begitu kepada anaknya?
Mint : "Mak. Saya nanti nak bawa bakal menantu untuk mak."
Uhukss! Apa Mint cakap? Aku kena ulang tayang bab ini.
"Tch.... Jantan murahan mana yang kau nak bawa?"
Gasp-! Jantan murahan dia kata aku? Apakah?
Mint : "Mak.... Dia bukan calang-calang punya orang."
Wajah mak Mint dipalingkan ke arah bertentangan tanda kurang setuju dengan kenyataan Mint.
Susah kalau mak dia mind set begini. Nak kena try hard sangat untuk tackle dia.
Mint : "Mak. Janganlah buat saya begini. Saya yakin bakal menantu mak yang ini boleh sejukkan hati mak."
"Sejukkan hati mak apa tengah musim panas begini? Lagi panas adalah."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Fiksi RemajaGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...