²⁰「12 September : Vacation Terlarang」

11 4 6
                                    

12 September

【7:00 am】

'Titt, titt...!'

Jam loceng aku berbunyi. Aku tidak bekerja sekarang ini. Sudah kenapa aku masih set alarm awal pagi begini? Lalu aku kembali menarik selimut. Untuk orang yang workaholic seperti aku, sehari tidak bekerja aku rasa sangat tak seronok.

Aku tak sangka manager membuat keputusan untuk menggantung aku daripada pasukan. How could he do that? Bukannya dia tak tahu aku ini bagaimana. Ceh!

Ingatkan aku tarik selimut balik, dapatlah aku tidur. Ini tidak. Seekor, seekor asyik call aku. Sekejap Cackle, sekejap Randy. Alih-alih kali terakhir telefon aku berbunyi lagi, mahu kena maki orang itu.

Catz : "Apa lagi yang kau orang nak?"

Tak sedar aku siapa yang tengah call aku masa itu.

Anna : "Darling?"

Erk! Sudah kenapa pula dia pun nak call aku awal-awal pagi begini?

Catz : "A... Anna?"

Anna : "Hmm...."

Dengar suara dia, tahulah yang dia nak merajuk. Haih.... Aku tak ada masa nak pujuk orang sekarang ini!

Catz : "Urmm.... Maaf. A... ada apa ini call saya? Terasa begitu lama tak dengar suara awak."

Anna : "Saya sibuk kerja. Saya rindu darling."

Ayat cliche. Bosannya.... Asal call sahaja rindu. Tak ada benda lain ke?

Catz : "Yea.... Awak sihat ke?"

Anna : "Sihat sahaja."

Aku dapat rasakan si Anna ini mesti fikir aku buang tabiat. Tak pernah-pernah aku bertanya khabar kepadanya.

Anna : "Hahahh.... Darling. Saya nak bagitahu sesuatu ini."

Catz : "Hmm? Apa benda itu?"

Anna : "Saya nak ajak awak keluar bercuti."

Ah, sudah. Bercuti kan? Bukan honeymoon kan?

Catz : "Hmm.... Anna...."

Tidak sempat aku fikirkan idea untuk menolak pelawaannya itu, Anna sudah menolak.

Anna : "Ye, saya tahu. Awak sibuk sangat. Maaf sangat-sangat."

Hmm.... Sebenarnya, aku pun tak adalah buat apa-apa sekarang. Daripada aku terperuk di dalam rumah ini, ada bagusnya juga aku keluar ambil udara segar.

Catz : "N... nanti, Anna. Sebenarnya... saya tak adalah sibuk sangat."

Anna : "Betul ke? Awak boleh ikut?"

Catz : "Y... ya."

Anna : "Yeah! Nanti esok awak ambil saya tau. Tak sabarnya nak jumpa awak. Bye, darling."

Sekelip mata Anna menamatkan panggilan. Semakin lama semakin comel pula perwatakan si Anna ini.

Tak! Apa yang aku fikirkan ini? Aku boleh cakap benda itu semua kepada Mint sahaja. Aku mula berfikir sejenak. Betulkah tindakan aku ini? Keluar berdua dengan Anna? Aku tak pernah keluar bercuti dengan Mint pun. T... tetapi... aku sudah bersetuju dengan Anna. Aku kena buat sesuatu. Mungkin dai rambut aku agar aku nampak berbeza? Supaya aku tak dikenali.

【10:40 am】

Catz : "Saya nak dai rambut warna ini ya?"

Pagi itu juga aku ke salun untuk dai rambut. Memandangkan aku tidak terikat dengan kumpulan Xros, aku bebas untuk buat apa sahaja dengan rambut aku.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now