¹³ 「21 Ogos : Hari Jadi Anna」

17 3 10
                                    

21 Ogos

【10:15 am】

Anna : "Darling...."

Urgh.... Aku buat apa dekat sini? Tidak fasal-fasal aku kena keluar dating dengan syaitan ini.

Previously....

20 Ogos

【12:00 am】

Telefon bimbit aku berdering dengan rancaknya. Aku tengah sedap menikmati mimpi, sekali entah orang gila mana yang call aku ini. Spoil betullah.

Tanpa melihat gerangan siapakah yang menghubungi aku, aku terus mengangkat panggilan.

Anna : "My darling...."

Dengan mamai aku membalas sahutan menjengkelkan Anna itu.

Catz : "Siapa darling kau?"

Mahu mengamuk Anna mendengar balasan aku itu.

Anna : "Darling! Ini sayalah. Baby Anna."

Ewh.... More kepada bab*.... Dengan tak ada mood, aku terpaksa melayankan Anna.

Catz : "Hmm.... Awak.... Apa call malam-malam ini?"

Anna : "Awak memang tak ingatkan esok hari apa?"

Catz : "Haa? Hari apa itu?"

Anna : "Ianya hari lahir sayalah!"

Pekak telinga aku apabila dia menjerit pada telinga aku. Sebelum Cackle atau Vector tersedar sebab suara dia, lebih baik aku keluar daripada bilik.

Sekarang ini, sudah agak lewat. Jadi mana mungkin masih ada lagi manusia di dalam rumah ini yang masih berjaga.

Catz : "Esok birthday awak?"

Anna : "Sampai hati darling tak ingat! Saya ini apa di mata awak sebenarnya? Saya sayangkan awak sepenuh jiwa saya! Begini ke awak membalas perasaan saya?"

Bising.... Bising.... Bising.... Aku sudahlah letih. Dia ini....

Catz : "Anna...."

Anna : "Ceh! Saya benci awak! Jantan tak guna!"

Eh? Aku pula yang kena? Ini mesti kes nak suruh aku pujuk. Haih.... Lemah aku begini.

Catz : "Anna...."

Anna : "Jangan panggil nama saya!"

Catz : "Fine."

Tahu apa yang aku buat? Aku putuskan panggilan. Tahu dia kelam-kabut hubungi aku kembali. Sengaja aku nak buat dia panas. Aku berang dah ini. Sudah mengantuk dikacaunya pula.

Anna : "Catz! Kenapa awak matikan telefon?"

Catz : "Memandangkan awak malas nak bercakap dengan saya, jadi apa gunanya untuk saya kekal dalam talian?"

Anna : "Awak buatlah perangai begini. Nanti saya bagitahu daddy. Biar daddy saman syarikat Red Arrow Entertainment atas kesalahan awak."

Tercengang aku mendengar kata-kata Anna. Itu memeras ugut namanya! Aku tak ada pilihan....

Catz : "Eh? J... jangan begitu. Yelah.... Yelah.... Saya minta maaf. Saya letih sebenarnya. Itu sebab mood saya tak berapa nak elok."

Anna : "Hmph! Tak nak cakap dengan darling."

Gak! Dia ini.... Aku nak tidur sahaja ini. Janganlah dera aku begini. Kejamnya perempuan ini.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now