4 Ogos
【5:30 pm】
Setelah tamat shift kerja V-wen, aku dan V-wen berjalan bersama-sama di taman. Ini bukan dating ya? Ini sebab aku nak bagitahu dia perkara yang sebenar. Haih.... Sudah terang lagi nyata aku tak boleh nak tipu budak psychic seperti dia ini.
Catz : "V-wen.... Saya sebenarnya sudah bertunang sekarang."
Alangkah terkejutnya dia mendengar aku berterus terang. Siapa sahaja yang tidak terkejut kan?
V-wen : "Awak sudah tunang? Dengan Mint ke? Awak berdua tunang dalam diam ke?"
Catz : "B... bukan. Saya bukan dengan Mint."
V-wen : "Haa? Okey. Saya yakin awak bukan tikam belakangnya."
Catz : "Haih.... Terima kasih sebab percayakan saya."
V-wen : "Tunang yang tidak sengaja?"
Mujur dia ini psychic maka dia sudah dapat baca situasi aku sebelum sempat aku cerita dengan lebih lanjut.
Catz : "Ya. Tolong jangan bagitahu Mint fasal ini. Saya risau dia akan salah faham."
V-wen : "Jangan risau. Rahsia awak selamat dengan saya. Jadi siapa dia perempuan itu?"
Catz : "Dia anak ketua syarikat The Local Management."
V-wen : "Memang nayalah awak."
Catz : "Hahahh.... Memang pun. Haih...."
V-wen : "Tolong jangan bagitahu saya yang ini rentetan daripada kes awak kena tangkap tidur dengan perempuan itu?"
Catz : "Correction. Saya yang buat report. Bukan saya di tangkap."
V-wen : "Okey. Sorry. Now what? Dia suruh awak berkahwin dengan anak perempuan dia itu?"
Catz : "Ya. Katanya anaknya itu sedang hamilkan anak saya. Cumanya saya akan betul-betul berkahwin dengan dia setelah disahkan perempuan itu memang betul-betul hamilkan anak saya."
V-wen : "Tapi tengokkan gaya awak ini, macam dia betul-betul hamilkan anak awak."
Mulut dia ini....
Catz : "V-wen.... Jangan cakap macam itu. Saya rasa bersalah ini."
V-wen : "Hahahh...."
Dia memang sengaja nak kenakan aku. Nasib baik dia bukan Mint. Kalau dia Mint, sudah aku gigit budak ini.
Catz : "Tak baik tau begini, V-wen."
V-wen : "Hahahahh.... Saya bergurau sahaja. Memang ada kes kalau wanita hamil lelakinya yang akan terima kesan sampingan. Cumanya tidak banyak kes itu berlaku. Mengharapkan yang awak ini sakit kebetulan sahaja."
Catz : "Hmm.... Tapi itulah. Saya rasa serba salah kepada Mint. Saya sukakan dia akan tetapi dia bukan tunang pertama saya."
V-wen : "Ini luahan perasaan ke?"
Eh, banyak pula tanya budak ini. Sebelum ini di kafe, senyap sahaja. Sampai aku yang kekok. Ini terlebih tenaga pula dia?
Catz : "V-wen.... Awak memang suka mengusik saya kan?"
V-wen : "Hahahh.... Bukan. Saya cuma rasa selesa berborak dengan awak."
Catz : "I see.... Baguslah kalau begitu."
Secara tiba-tiba, adanya anak lelaki entah siapa entah menunding jari ke arah aku. Apa pula yang budak ini nak daripada aku?
"Tengok! Abang ini ada rambut warna merahlah."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...