15 April
【3:30 am】
Aku... tak dapat tidur. Dah tiga hari aku demam panas. Badan aku rasa tak selesa sangat. Ini demam rindu ke apa?
Selepas detik aku mendengar suara Mint, mood aku terus ruin. Aku jadi hilang selera makan. Jadi tak bersemangat. Bermula daripada itu jugalah aku mula di serang demam panas.
Catz : "*Koff! *Koff!"
Aku kerap juga muntah lewat malam. Tyler utuh menjaga aku sepanjang masa.
Tyler : "Tuan.... Dah tiga hari tuan begini. Jomlah balik. Kita jumpa Doktor Chen."
Catz : "Ty.... Apa pun yang berlaku, aku tak nak balik. Ianya muktamad. Jangan nak paksa aku lagi."
Tyler : "Tuan. Saya tak tahu apa yang telah berlaku kepada tuan sebelum ini. Akan tetapi sebaik sahaja perkara itu berlaku, tuan jadi hilang fokus. Apa yang berlaku sebenarnya, tuan?"
Catz : "Mint. Dia call aku...."
Tyler : "Dia cakap apa?"
Catz : "Tak ada apa-apa. Dia rindukan aku. Jadi aku cakap, tolong lupakan aku."
Tak ada perasaan, aku berjalan terhenjut-henjut ke bilik.
Tyler : "Tuan. Kita akan balik. Jangan nak degil."
Aku tengah tak larat ini. Tyler ini tak faham ke?
Catz : "Aku tak nak balik! Kau tak dengar ke?"
Tyler : "Keadaan tuan teruk sangat ini."
Entah kenapa Tyler secara tiba-tiba nak heret aku keluar. Aku tengah lemah sangat ini.
Catz : "Ty, lepaskan aku! Tyler!"
Tyler : "Kita akan balik. Jangan nak berdalih lagi."
Catz : "Aku tak nak balik, Tyler.... Aku tak nak...."
Aku tengah lemah. Memang menangis sahajalah yang termampu. Dah dengar suara serak aku, barulah Tyler terhenti.
Catz : "Aku tak nak balik, Ty.... Jangan buat aku macam ini.... Aku tak nak.... Kau pun nak jadi macam dia orang semua ke? Aku tak nak, Ty."
Tyler : "Hmm.... Tuan. Saya cuma risaukan tuan."
Catz : "Kau kejam, Ty. Kau suruh aku balik ke lubuk neraka itu semula? Gamaknya kau, Ty...."
Tyler : "T... tak.... Haih.... Okeylah. Saya akan tengok dalam seminggu ini. Kalau seminggu ini tuan masih teruk begini, kita akan balik? Bagaimana?"
Senang sangat nak umpan si Tyler. Aku memang juara bab drama king ini. Aku pun tak tahu sejak bila. Mungkin faktor aku tengah tak sihat juga agaknya?
Catz : "Ye.... Aku nak rehat."
Tyler : "Sini saya tolong, tuan."
Nak rehat pun tak lepas sebab badan aku panas. Hanya kerana aku mengantuk sangat-sangat aku dapatlah terlelap sekejap.
🌸🌸🌸
16 April
【8:30 am】
Aku bangun awal bukan sebab nak ke kerja. Akan tetapi sebab aku tak boleh tidur. Tak sihat, badan buat hal.
Sedang aku berlegar di ruang tamu, kedengaran bunyi ketukan pada pintu rumah aku. Terkedek-kedek aku membuka pintu rumah.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...