13 November
【12:30 pm】
《Mint POV》
Mint : "Stevan?"
Apa yang budak ini nak? Jangan cakap ada kaitan dengan Catz lagi? Aku tak naklah Catz lagi...
V-wen : "Mint? Siapa itu?"
Aku lupa yang aku masih lagi bersama dengan V-wen.
Mint : "Urm.... Sekejap ya, V-wen? Saya kena jawab panggilan ini dahulu."
V-wen : "Okey."
Aku mengambil beberapa langkah menjauhi V-wen lalu menjawab panggilan telefon itu. Entah apalah yang budak Stevan itu mahukan.
Mint : "Hello?"
Stevan : "Kak.... Abang pengsan. Badannya panas sangat-sangat. Doktor terpaksa tahan dia di wad."
Kenapa...? Kenapa dia perlu bagitahu aku semua ini?
Mint : "Hmm? Lepas itu? Awak ada kan? Saya sibuk ini...."
Stevan : "B... bukan itu.... Abang kena anxiety sekarang. Anxiety yang sangat teruk. Saya cuma harap akak boleh bantu abang.... Tolong...."
Ish.... Aku tak naklah! Kenapa Stevan ini? Senang sebut di hati tapi bukan di mulut. Haih....
Mint : "Bagi saya alamatnya. Saya datang sekarang."
Maka saya, Mint Ice bergerak terus ke wad di mana Catz ditempatkan.
【1:45 pm】
Aku tiba di wad di mana Catz berada. Rasa macam berdebar. Risau betina seekor itu pun ada juga. Kalau ada betina itu, mahu aku sula dia!
Stevan : "Akak. Dah sampai pun. Abang ada di dalam."
Mint : "Hmm.... Kenapa mesti saya yang jadi mangsa ya?"
Stevan : "Sebab saya rasa akak sahaja yang tahu bagaimana caranya untuk hilangkan kesunyian abang."
Mint : "Hmm? Sunyi? Bukankah dia dah dapat kesemua kebahagiaan dia?"
Stevan : "Akak.... Akak tak faham. Abang Catz dah lalui banyak sangat perkara. Dia dah hilang banyak perkara. Kawan-kawan dia. Bahkan akak pun."
Aku? Dia kata Catz kehilangan aku? Hein...?
Stevan : "Jadi tolong ye, kak? Saya ada training selepas ini. Jadi saya harap akak boleh tolong jagakan dia buat sementara waktu ini."
Eh? Aku tolong jagakan Catz? Dia fikir aku bibik dia ke?
Tak sempat aku nak halang Stevan, budak itu sudah pecut lari. Bukan main laju lagi dia. Memang sengaja namanya ini!
Hanya tinggal aku sendiri. Nak tak nak, aku terpaksa masuk ke dalam bilik wad Catz.
Perlahan aku membuka pintu bilik wad. Dari jauh aku sudah nampak Catz terbaring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Aku kian berjalan mendekati Catz. Dia tidur ke? Ke koma? Kemudiannya aku duduk di kerusi yang telah disediakan. Hanya memerhatikannya daripada jarak semeter. Setiap kali aku melihatnya, hati aku terasa sakit. Kenapa kau tak pernah bagitahu aku apa-apa tentang masalah kau?
Mint : "Catz...."
Sebak.... Aku rindu. Aku rindu nak sentuh kau. Aku rindu juga dengan sentuhan kau. Rindu nak luangkan masa lapang aku dengan kau. Kenapa semua ini perlu berlaku kepada kita?
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...