❦ Extra 2 : 「30 November : Berita Baik?」

14 1 0
                                    

30 November

【11:15 am】

Aku dan Mint menghadiri majlis perkahwinan Cackle dan Rokay. Tak sangka dah ramai dah antara kita orang yang sudah menamatkan zaman bujang mereka.

Jadi sekarang ini, apa yang aku faham perjanjian yang Lynx buat dengan manager ialah membenarkan mereka berkahwin tanpa expose kepada public. Ini merupakan majlis perkahwinan private yang hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

Jenuh juga kan begitu? Akan tetapi itulah.... Jodoh tak boleh di agak bila kan? Apabila sudah tiba waktunya, terikatlah mereka. Sekarang ini, si Bell pun dah pregnant. Lagi awal daripada Mint. Aku pun tak tahulah bila. Zuriat pun tak dapat di agak bila juga kan?

Aku kini memandang ke arah Mint dan kawan-kawannya. Kesemua mereka menumpang gembira atas berita gembira Bell dan Lynx. Jelas wajah kusam pada wajah Mint sungguh dia sudah menutupnya. Tak tahu mana silapnya. Aku yang tak sihat ke apa ya?

'Pak!'

Shadow : "Yow, Catz!"

Tersentak aku apabila Shadow secara tiba-tiba menepuk bahu aku. Dia ini.... Langsung tak bagi warning.

Catz : "Haih.... Kau ini pun kenapa tepuk aku begitu?"

Shadow : "Tak adalah. Aku cuma nak tanya. Ex bakal dapat baby, kau bila lagi?"

Lynx : "Dah kenapa kau tanya dia soalan itu?"

Aku sepatutnya dapat agak yang situasi begini akan terpalit ke muka aku. Sudahlah kuat dia tanya aku soalan itu. Kesemua ahli Xros tengah pandang aku. What the hell....

Catz : "Aku dengan Mint terlalu sibuk akhir-akhir ini. Kadang kita orang balik, sudah penat. Jadi kalau boleh janganlah tanya aku soalan bila nak ada baby dan seumpamanya. Kalau ada itu, adalah."

Xiwen : "Itu bunyinya macam kurang baiklah, Catz. Kau kena buat sesuatu...."

Aah.... Tolonglah tukar topik perbincangan ini. Aku tak nak dengar apa-apa daripada kau orang.

Lynx : "Kau orang, hujung minggu ini kita tak ada aktiviti kan?"

Sejurus Lynx menukar topik perbualan kita orang. Aku rasa dia perasan muka serabut aku tadi. Apa-apa pun aku kena berterima kasih yang dia orang tak tanya lagi aku tentang hal ini. Aku nak ada baby ke tak, aku punya hallah. Sibuk betullah....

Potong mood terus aku yang tengah sibuk makan di majlis. Secara rawak aku bangkit daripada kerusi. Nak tenangkan fikiran sekejap.

Vector : "Catz, kau nak ke mana?"

Catz : "Aku nak ke tandas sekejap."

Vector : "Oh, okey."

Lantas aku mengorak langkah kaki pergi ke luar dewan perkahwinan. Cuaca sekarang sangat tenang. Mujurlah.... Tenang sedikit kepala ini.

Namun begitu beberapa minit kemudian, adanya seseorang menyapa aku.

Lynx : "Kau okey?"

Lynx sudah terpacak di belakang aku.

Catz : "Aku okey."

Lynx : "Kau janganlah hiraukan kata-kata Shadow itu. Dia pun tak tahu agaknya apa yang di katakan."

Sejurus Lynx duduk di sebelah aku. Selain Cackle, Lynx juga antara manusia yang senang memahami aku. Cepat sahaja dia tangkap yang aku okey atau sebaliknya.

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now