²⁴ 「15 September : Aku Resign!」

15 4 4
                                    

Aku masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Manager Winnie.

🌸🌸🌸

Winnie : "Baik. Saya proceed."

Catz : "Eh? M... manager tak nak bantah ke?"

Winnie : "Buat apa saya nak bantah? Awak juga yang sudah naikkan nama agensi ini. Jadi apa salahnya? Bersiap ya, sebab awak akan mulakan kerja tak lama lagi."

🌸🌸🌸

Dengan mudahnya Manager Winnie proceed rancangan aku. Betullah orang kata. Budi di bawa mati.

15 September

【12:30 pm】

'Pukk!'

Ada seseorang menepuk bahu aku. Aku pusing ke belakang. Ianya masih lagi trainer vokal yang sama aku pernah berlatih sebelum ini.

Trainer Roy : "Apa khabar?"

Catz : "T... trainer Roy."

Selamba trainer Roy mengheret aku ke bilik latihan vokal.

Trainer Roy : "Aku dengar kita akan bekerjasama dengan Catz, aku kembali bersemangat. Hahahahh.... Jadi lagu genre apa yang kau nak bawa kali ini? Aku boleh siapkan lirik."

Seperti biasalah. Trainer Roy sentiasa bekerja keras untuk aku. Sungguhpun aku sudah tidak bekerja di sini lagi, akan tetapi dia orang semua masih melayan aku dengan baik. Aku rindu situasi begini.

Catz : "Saya ingat nak buat tema yang agak badass."

Trainer Roy : "Rock?"

Catz : "Hmm.... Mungkin Rock-techo?"

Trainer Roy : "Wau.... Pertama kali aku dengar kau nak buat lagu genre begitu."

Catz : "Saya cuma nakkan kelainan. Memandangkan life saya pun sudah retak sekarang."

Seraya trainer Roy mengusap bahu aku.

Trainer Roy : "Hei.... Apa kata begitu? Kenapa ini? Apa yang sudah berlaku?"

Catz : "Banyak benda. Yang pasti bukan benda baik."

Trainer Roy : "Hmm?"

Catz : "Peluang pekerjaan saya di tutup. Girlfriend lari. Imej saya musnah. Banyak lagilah...."

Trainer Roy : "Nampaknya kau sudah lalui banyak perkara akhir-akhir ini."

Catz : "Ye."

Trainer Roy : "Baiklah. Sudah tiba masanya untuk kau kembali bangkit. Ayuh! Kau nak terus mereput di sini sahaja ke? Mari kita mulakan latihan."

Wau.... Bersemangatnya dia. Aku pun tak adalah semangat seperti dia. Hmm.... Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku pun boleh rasa semangat dia sekali.

28 September

Aku langsung tidak sentuh telefon bimbit aku. Bukan sahaja tak sentuh, bahkan aku tukar semua maklumat peribadi aku. Dari segi nombor telefon, email, akaun dan sebagainya. Malahan aku membuat keputusan untuk tinggal di StarLite Ent sehingga album terbaru aku keluar.

【10:30 am】

Catz : "How could this be the end?, Not being able to win, I wish for it to work out,
What do you think about going home in the morning?"

Catz's Diary ii : The Next Stage ✓Where stories live. Discover now