13 Mei
【11:45 am】
'Tap! Tap! Tap!'
Kencang aku berlari. Jangan berani tanya aku berlari daripada siapa. Bodyguard si Carl tengah kejar aku. Masa ini aku dah tak fikirkan fasal Cackle. Aku hanya fikir untuk selamatkan diri.
Aku menggunakan lorong tikus untuk melepaskan diri. Sayangnya aku yang jadi tikus. Sejak bila laluan ini ada tembok?
Catz : "Damn...."
Aku berpaling ke belakang, dua orang anjing Carl sudah berada di belakang aku.
"Jalan mati. Buka penyamaran kau!"
Ligat kepala aku memikirkan jalan untuk melepaskan diri. Daya. Ya, aku menggunakan kaedah larian dan lompatan untuk panjat naik tembok.
Seperti ninja aku memanjat tembok itu. Nasib baik selamat. Bodyguard Carl badan besar sangat. Tak boleh nak lompat kejar aku. Hahahahh....
Catz : "Huhh.... Huhh...."
Aku terpaksa buka mask aku sebab susah untuk aku bernafas. Tak sempat ini aku nak ambil nafas, tiba-tiba ada orang menekup mulut aku.
Tak, dia orang pasang perangkap ke? Tahu apa jadi sebenarnya?
Cackle : "Boo!"
Tak guna punya Cackle. Mati-mati aku ingat aku tertangkap.
Catz : "Apa masalah kau haa?"
Cackle : "Haa, tahu takut. Tadi bukan main berani lagi kau simbah muka Carl dengan air."
Catz : "Aku tak takut kalau identiti aku dah lama terbongkar. Masalahnya semua orang masih tak tahu aku hidup. Lagi merisaukan kalau dia pasang spy dekat aku, naya dia tahu yang aku ini sudah berkahwin sebenarnya."
Cackle : "Hmm.... Kau tahu macam mana muka Carl masa tengok kau simbah dia itu?"
Catz : "Hahahahh.... Muka dia macam tak percaya yang akan ada orang simbah dia dengan air jus."
Cackle : "Ye. Lawak sangat mukanya."
Aku ingatkan, aku sudah selamat. Rupa-rupanya aku masih lagi diperhatikan. Akan tetapi aku tak naklah bagitahu apa yang berlaku kan? Sebab dalam bab ini aku nak maklumkan tentang masked singer yang makin menjadi bualan ramai.
🌸🌸🌸
23 Mei
【9:30 pm】
Aku dengan watak Doktor Plague baru sahaja selesai membuat persembahan. Aku ikut semua pilihan lagu Mint. Memang semakin hari semakin naik reputasi Doktor Plague. Malah aku sekarang sudah berada di pentas separuh akhir.
Rave : "Baiklah, juri. Bagaimana dengan persembahan Doktor Plague tadi?"
Casie : "Dia multi task. Yang saya tahu, dia adalah penyanyi band. Dia adalah Catz Nasinasion!"
Sebaik sahaja Casie menyeru nama penuh aku, aku mula rasa berdebar. Bagaimana dia boleh terfikir untuk sebut nama aku?
Sani : "Catz bukan dah mati ke?"
Casie : "Hei, siapa kata? Saya tak pernah percayakan rumor itu."
Harry : "Awak ini pun. Nama orang yang dah mati juga diserunya."
Casie : "Dia tak matilah."
Dina : "Tak kiralah dah mati ke belum. Yang pasti Dina suka dia sangat-sangat. Nak kahwin dengan saya tak?"
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...