4 Oktober
【9:30 am】
Tyler bawa aku ke mana pula? Di pantai. Di sini tak begitu panas berbanding di tempat asal aku.
Catz : "Ty, kita nak buat apa di pantai ini?"
Tyler : "Kata tuan nak bercuti? Kita jalan-jalan ambil anginlah. Menikmati alam semulajadi merupakan salah satu kaedah healing tau?"
Muka aku ini.... Ikutkan nak sahaja aku hantukkan kepala si Tyler. Dahlah belum breakfast lagi. Ada juga aku sagat buat teh sekejap lagi.
Tyler : "Haa.... Segarnya udara."
Catz : "Ty, aku lapar. Tak nak sarapan dulu ke?"
Tyler : "Tuan lapar? Okey. Jom kita cari makan."
Terkedek-kedek Tyler berjalan menuju ke kereta. Aku pula secara rawak kalis kepala ke kanan. Ada sebuah kereta persiaran yang biasa aku lihat.
Catz : "Seriously?"
Baru aku tegur, dah ada suara tegur aku. Tolonglah.... Aku masih belum ada kekuatan nak menghadap ahli Xros.
Randy : "Catz."
Suara si Randy betul-betul di belakang telinga aku. Selamatkanlah aku....
Terkial-kial aku berpaling ke belakang. Jadi memang Xros ada di sini? Terjongol susuk Randy berdiri di belakang aku.
Catz : "An...."
Randy : "Macam mana keadaan kau? Dah okey ke?"
Randy tanya khabar aku akan tetapi kenapa aku rasa tak sedap hati pula ini?
Catz : "Aku gastrik teruk semalam tetapi aku dah okey sekarang."
Randy : "Baguslah kalau kau dah okey. Jomlah kita balik training."
Eh? Aku tak kisah itu. Yang aku kisah tiba-tiba Randy rembat pergelangan tangan aku.
Catz : "Eh, An?"
Randy : "Kenapa? Kau dah baik kan? Kita orang tak boleh training tanpa kau."
Sekejap-sekejap. Wait a second.... Kenapa gaya Randy seolah-olah nak menggesa aku? Apa dia lupa ke apa yang Manager Ichiya buat dekat aku semalam?
Catz : "Nanti dahulu, An. Aku tak boleh...."
Randy : "Tak boleh? Kenapa pula?"
Catz : "An.... Kau lupa ke apa yang Manager Ichiya dah buat dekat aku semalam? Aku gastrik sebab dia tau."
Randy : "Kenapa kau tak ikut kita orang semalam?"
Huhh...? What's wrong with him? Dia tak nampak ke aku mabuk semalam? Bukan main dia risaukan aku semalam. Kenapa pula dengan dia hari ini? Kepala terhantuk tiang elektrik ke? Tinggi sangat sampai terhantuk tiang elektrik.
Catz : "Aku mabuk semalam Randy. Aku tak larat. Selalunya manager akan bawa aku pergi check up selepas turun daripada flight."
Randy : "Catz. Jangan nak salahkan manager kalau kau sendiri yang tak pandai nak jaga diri. Manager dah bertungkus-lumus cuba untuk jaga kita semua. Mana boleh kau nak letak semuanya atas kepala manager."
A... aku.... Aku speechless. What? Fikiran aku bercelaru. Why...? Why?
Randy : "Catz, aku boleh kata yang aku rasa hampa dengan kau. Kau antara orang yang aku respect dalam kumpulan. Tak sangka kau berubah begini. Sebenarnya, manager dah malas nak cari kau. Dia sangat kecewa dengan kau. Kalau kau rasa nak buat dia menunggu, lebih baik kau berterus terang sahaja dengan dia yang kau tak berminat nak sertai Xros."
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...