18 September
【10:00 am】
"Catz, jangan kerutkan dahi."
Catz : "Ah, maaf...."
Aku berada di sebuah khemah sedang disolekkan. Hari ini aku ada photoshoot untuk majalah fesyen lagi. Tema kali ini koleksi musim luruh.
Lynx masih duduk dengan aku. Aku tak akanlah kerana dia aku kena skip schedule aku? Aku perlu buat semua ini untuk dana pendapatan. Kalau tak memang aku makan pasir selepas ini.
"Baiklah, Catz. Bersedia. Pose."
Sesi photoshoot bermula. Aku sudah biasa bekerja sebagai seorang model, jadi setakat nak ubah ekspresi wajah tiada masalah. Aku sudah tahu kalau nak buat muka menggoda bagaimana, muka menawan bagaimana dan seumpamanya. Cumanya belum rezeki aku untuk sambung ke bidang lakonan lagi.
【12:40 pm】
"Baiklah. Masa lunch. Semua bersurai. Kita akan sambung kembali lagi 45 minit."
Ya. Sudah tiba masanya untuk aku berehat. Sungguh aku hanya photoshoot dalam studio akan tetapi aku terasa agak bahang jugalah. Aircond dalam studio ini rosak ke apa entah.
Aku membuat keputusan untuk makan tengahari di sebuah kafe berdekatan. Kepala ini asyik memikir Lynx di rumah.
Catz : "Hmm.... Apalah yang si Ex buat di rumah itu?"
Dia tak nak balik selagi tak jumpa Bell. Degil juga dia itu. Life must go on. Tak boleh buat begitu. Kumpulan Xros sudahlah dalam fasa unstable sekarang ini. Cukuplah hanya aku seorang sahaja yang buat hal dalam itu. Xros sebenarnya perlukan kesemua ahlinya untuk naik. Reputasi Xros sekarang tidak berapa baik atas sebab aku.
Akan tetapi nak buat bagaimana? Aku sudah ada dua contract sekarang. Adalah juga rumor kata aku ini tamak. Aku hanya boleh kata, dia orang tak ada di tempat aku. Aku hanya nak pastikan kelangsungan hidup aku sahaja. Sekurang-kurangnya kalau Manager Ichiya ada idea gila dia itu, aku boleh lari ke Manager Winnie. Lagipun, aku suka Agensi StarLite sebab dia antara agensi underdog yang sangat low key.
Aku berangan lama di meja makan sampai tak sedar ada manusia yang aku tercari-cari dengan Lynx semalam. Dia duduk betul-betul di hadapan meja aku.
Catz : "Eh...?"
Bell. Dia pakai baju samaran yang agak tebal. Tahu tak? Lagi tebal samaran, lagi obvious kau akan nampak. Aku kena tegur dia ke? Guess, aku kena jugalah.
Perlahan aku bangkit dan berjalan ke arah mejanya.
Catz : "Boleh aku duduk sini?"
Bell masih membisu. Dia hendak berlakon jadi orang lain. Aku peduli apa? Dia bagi ke tak, aku duduk juga.
Pada awalnya kami hanya membisu. Tak ada respon langsung. Bell masih tak nak bercakap. Aku curious sangat. Apa yang berlaku sehingga dia nak gantung contract dan tanpa penjelasan, dia terus menghilang. Memang trend ya?
Catz : "Jangan berlakon seperti kau tak kenal aku, Bell. Aku datang nak tolong."
Disebabkan aku tegur, barulah Bell mula bersuara. Dia fikir IQ aku rendah sangat nak cam dia?
Bell : "Bagaimana kau boleh tahu ini adalah aku?"
Catz : "Samaran kau obvious sangat. Kau tak perlulah pakai sebegitu banyak samaran."
Bell : "Hmm...."
Bell membisu seketika. Dia nampak sedang dilema. Gayanya seperti hendak bagitahu aku sesuatu akan tetapi dalam masa yang sama dia menahan diri.
YOU ARE READING
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓
Teen FictionGENRE (TEEN-FICTION/FRIENDSHIP/ROMANCE/CONFLICT) [BOOK 2] 📌Xros Series📌 "Xros! Xros! Xros! Xros!" Nama Xros sentiasa menjadi buah mulut netizen. Aku.... "Catz!" Ya, itulah nama aku. Bukan lagi seorang penyendiri, bukan lagi solo. Aku kini bergerak...