B A B 60

135 4 0
                                        


Mendengar sahaja bunyi tembakan tadi, para pengawal diarahkan mengiringi keluarga terdekat serta Damia dan Emilya untuk pergi dari kawasan dewan istana yang mulai tegang.

Damia yang tadinya memberontak diam menikam tajam kedua bebola mata seorang pengawal, keluhan kasar dilepaskan. Sekarang mereka sudah selamat berada di dalam istana dengan jagaan yang ketat.

"Senjata dah dikirim untuk mereka ke?" Tanya Damia serius, dia yang arahkan agar semua senjata dikeluarkan.

"Sudah tuan puteri, tuan Adam turut menghantar bantuan" Damia pandang Puteri Geisha.

"Damn it, my head hurt so bad" luah Damia tiba-tiba dengan memegang dahinya yang betul-betul sakit.

"Kakak terlalu banyak berfikir, tolong bawa kakak masuk ke dalam bilik untuk bereh-" terpotong ayat Emilya oleh Encik Awangku.

"Dia tak boleh bersendirian, Mia target mereka sekarang ini" dengan tenang Encik Awangku berbicara walhal di dalam hati penuh kerisauan akan keselamatan puteri nya itu.

Ada betul nya ujaran lelaki paruh baya itu, Damia ataupun Evelyn adalah target pihak musuh.

Manakala di situasi Uzair serta yang lain, masing-masing menyiapkan diri untuk menyerang dan diserang pihak musuh. Gelak tawa Raja Daus yang menyakitkan hati mereka membuatkan dirinya geram ingin melepaskan tembakan pada senjata yang dipegangnya sekarang ini.

Separuh pasukan tentera yang ditugaskan untuk menggantikan Squad Soldier agar mengepung perumahan Raja Daus tercedera dan gagal menahan Raja Daus yang melarikan diri secara senyap untuk membuat kekecohan di majlis hari jadi kedua puteri tersebut.

"Tentera kau bodoh lah, mereka tak tahu ke aku ikut jalan tikus" sekali lagi Raja Daus terkekeh kecil mengutuk.

Uzair mengetap gigi, mereka lalai dengan cara licik Raja Daus yang satu itu.

"Kau tak serik lagi ke dengan kegagalan kau dalam menjaga kerajaan sendiri. Atas tindakan bodoh kau, kau dah hilang hampir semua rakyat kau. Sedar lah Daus, kau dah kalah" Putera Farin berani maju dua langkah mendekati lelaki paruh baya itu.

"Kau dah bunuh abang dna kakak ipar aku, kau dah jual rakyat perempuan kau yang tak bersalah kepada anjing-anjing sialan kau tu, kau buat perbuatan terkutuk dan bakar mayat-mayat rakyat kau sendiri, semua yang kau buat dah menunjukkan yang kau gagal Daus" tempik Putera Farin marah.

Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan perbuatan keji raja Daus.

"Kau dekat, pistol ni tembus kepala kau Farin" sebuah pistol dihala pada Putera Farin.

Putera Farin tersenyum sinis.

"Aku tak minta banyak pun, serahkan harta White Castle itu pada aku bukan pada puteri Evelyn yang sialan tu" marah Raja Daus.

'buk

Raja Daus yang tidak bersedia menerima tumbukan pada pipi nya meringis kesakitan. Dipandang wajah dingin Uzair yang menumbuk nya tadi.

"Oh suami dia marah rupanya" Raja Daus tersenyum lagi.

'buk

Sekali lagi Uzair menghadiahkan tumbukan itu pada pipi yang sama.

"Hanya disebabkan harta istana itu kau menjadi seorang raja yang keji Daus, kau sanggup memutuskan kerajaan kami dan kerajaan kau sebagai musuh. Mana akal kau Daus, White Castle bukan milik kau dan ianya bukan seperti yang kau jangka kan" Putera Farin menarik kolar baju Raja Daus.

Raja Daus mengelap darah di bibirnya, kepala digeleng berapa kali sebelum wajahnya serius memandang Putera Farin lama.

"Disebabkan abang kau, aku kehilangan satu-satunya anak lelaki dan pewaris untuk menggantikan tempat aku, aku bertahan selama ini disebabkan dendam atas kematian anak aku, Warish akan hidup sehingga sekarang jika abang kau tidak melaksanakan perkahwinan dengan Puteri Eva, kerajaan kita akan bersatu seperti perjanjian dahulu tapi sekarang tak lagi perjanjian itu dah dikhianati oleh ayahanda kau sendiri, Farin. Dia membiarkan anak nya sendiri berkahwin dengan Puteri Eva dan membiarkan luahan Warish sehingga anak aku mati" tempik Raja Daus.

You Are My PriorityTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang