TONG! TONG! TONG! TONG! TONG! TONG! Jam dinding bergema memecah kesunyian pagi menandakan pukul 6 a.m dari sebuah banglo lama, di sebuah lereng bukit. Dikelilingi hutan bukit tebal dan jauh dari penempatan. Kabus pula menyelubungi segenap hutan disirami pancaran cahaya bulan penuh menambah suasana horror jika dilihat dari luar. Sesekali kedengaran bunyi gagak yang atas bumbung yang mungkin terganggu dengan bunyi bising dari dalam rumah.
Kriiiiiiiiinnnnnnggggg!!!!!!! Bunyi jam loceng berlogo M.U memecah suasana hening pagi.
Kreeeeeeeeennnnngggg!!!!! Satu lagi jam loceng yang lebih besar berdering. Jam itu lebih antik, dan lebih nyaring. Seluruh bilik bergema dengan bunyi membingitkan telinga. Namun, bunyi itu masih tidak mampu mengejutkan sekujur tubuh yang sedang berselubung selimut dari lenanya. Akhirnya setelah sekian lama kedua-dua jam itu berhenti.PONG! PONG! PONG! PONG!
"ATOK!! BANGUN CEPAT ATOK! DAH PAGI!! NANTI LAMBAT PERGI SEKOLAH!!!" pekik seorang lelaki sejurus masuk ke biliknya sambil mengetuk kuali.PONG! PONG! PONG! Pong!
"Wei.. Bising la.. Kau ni Aiman. Pagi-pagi dah memekak! Haish.. Ye la..ye la.. Nak bangun la nie.." jawab atok geram sambil matanya terpejam. Dan akhirnya terus terpejam.
PONG!!
"Aaarr!! WOI SAKITLAH TELINGA AKU!! Boleh pekak tau tak!" marah Atok lagi bila Aiman mengetuk kuali pada telinganya. .
"Hahaha.. Padan muka. Dah bangun boleh pulak tidur balik. Dah Atok.. Bangun cepat mandi. Nanti tak sempat nak sarapan, lambat pulak nak pergi sekolah. Nanti kena denda dengan cikgu pulak, kan susah." kata Aiman sambil memberi tuala pada budak lelaki di hadapannya itu. Memang susah nak kejut budak tu bangun pagi.
"ye la.. Ye la.. Nak mandi la ni.. Dah pergi la dapur masak. Aku nak mandi. Keluar! Keluar! Ke nak tengok Aku bogel. Shoh! Shoh!" halau Atok. Aiman keluar dari bilik meninggalkannya. Manakala budak yang dipanggil Atok tu pergi ke bilik air mandi untuk bersihkan diri. Manakala Aiman ke dapur menyediakan sarapan. Hanya mereka berdua saja tinggal di rumah itu. Aiman tinggal bersama di rumah itu sejak ibubapanya meninggal akibat kemalangan yang menimpa keluarganya bertahun dulu. Sejak peristiwa itu dia tinggal sebatang kara kerana konflik yang berlaku dalam keluarga ibunya. Dia hampir diserahkan ke rumah anak yatim, tetapi diselamatkan oleh seseorang perempuan separuh abad yang mengaku beliau adalah saudara jauh bapanya. Selepas selesai proses mahkamah, dia telah dibawa tinggal di rumah itu sejak umurnya lapan tahun. Dia dijaga oleh perempuan tersebut bersama budak lelaki yang dipanggil Atok tadi hingga perempuan itu meninggal. Seterusnya dia dijaga oleh budak itu sejak umur 14 tahun, sehinggalah dia tamat universiti. Budak itu bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikannya, kini Aiman pula yang menjaga budak itu, kerana hakikat sebenar budak yang dipanggil Atok itulah saudaranya yang sebenar. Jadi adalah tanggungjawabnya membalas jasanya memandangkan budak mempunyai pertalian darah dengan keluarganya. Dan dia tidak kekok walaupun budak itu tak normal berbangding dirinya dan manuasia biasa. Kini usia Aiman sudah menjangkau 21 tahun.
Selesai mandi budak tu mengenakan seragam sekolah yang tertera namanya pada atas poket kiri. Setelah siap berdandan, dia turun ke bawah sambil mengikat tie sekolah menuju dapur. Aiman sudah siap menunggu lengkap dengan baju kerja.
“Lambat Atok siap hari nie..?" soal Aiman.
"Iron baju." jawab Atok.
"Tu lah. Sape suruh tak siapkan malam tadi. Kan dah banyak buang masa. Nanti tak pasal - pasal lambat ke sekolah." kata Aiman.
"Ala.. Kalau lambat pun aku.., yang kena denda pun aku.. Kena marah pun aku.. Apadahal kau nak kisah! Semuanya aku yang nak hadap." jawab Atok lagi.
Memang la Atok yang hadap. Tapi yang kena panggil ke sekolah nanti Aiman jugak kan.. En. Aiman, saya dah lama memerhatikan kelakuan Muzamil. Akademiknya bagus. Tetapi disiplinnya kurang. Dan kerap kali terlewat hadir ke sekolah. Kalau sekali dua tu boleh la saya terima, tapi kalau dah kerap sangat.. Saya terpaksa mengambil tindakan disiplin. En. Aiman fahamkan, kita terikat dengan peraturan sekolah. Dan juga kami pihak sekolah harus berlaku adil dengan pelajar-pelajar lain juga. So saya harap En. Aiman dapat melakukan tindakan sewajarnya, Encik selaku penjaga boleh nasihatkan Muzamil, mungkin lebih berkesan berbanding kami." kata Aiman sambil buat suara Yusuf Haslam.
"So.. Mau bernanah telinga Aiman nak kena hadap dengan cikgu disiplin tau tak..!? Dia punya bebel tu mengalahkan pondan. Dah la cikgu disiplin tu pompuan. Cukup la Aiman kena bebel dekat sekolah dengan kat universiti dulu. Tu belum lagi kat tempat kerja.. Mamang berdarah la telinga Aiman ni atok.. Huhuhu.." sambung Aiman dengan nada merajuk lagi.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Ciencia FicciónAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.