BAB 59: Kembalinya Waris Bulan Berdarah

68 7 1
                                    





"Kini pasukan kapal-kapal terbang jepun telah mengebom bandar singapura."📻

"Ibu, bandar singapura di bom.. Ayah.. Ayah kat mana ibu... Ayah kat mana...?" kata Tengku Zainal sambil peluk ibunya. Ibunya tak dapat menjawab segala persoalan dari anaknya kerana dia sendiri tiada jawapannya.

Tengku Azhar baru saja pulang dari Port dickson. Di tangannya tersemat beg bimbit berisi segala dokumen penting bagi menyelamatkan perniagaannya.

"Ayah! Adakah apa-apa berita dari Abang Salman..?" kata Tengku Zaleha.

"Tidak, tapi mengikut laporan dari pegawai, Salman telah diarah berpindah ke Singapura bulan lepas."kata Tengku Azhar.

"Apa!?" Tengku Zaleha terkejut.

"Atok... Singapura dibom... Ayah.. Ayah..." kata Tengku Zainal sambil menangis...

Tengku Azhar hanya membelai kepala cucunya. Tiada apa yang mahu diungkap. Hilang sudah kata-kata semangat. Kerana, dironya juga seakan sudah hilang semangat. Hatinya hanya berdoa pada yang Esa, agar semuanya selamat.

**************************

Bzzzzzztt... Butang siaran diputar-putar mencari signal radio dengan jelas. Dan akhirnya siaran diterima..

Ayah Arief sesekali terbatuk di asap rokok daun yang dihisap. Dia duduk berehat di kerusi. Kelihatan uzur tapi masih berupaya. Cuma kesihatannya kebelakangan ini agak merosot. Sejak isterinya meninggal, keadaannya agak kurang terurus. Dia bersandar.

Berita radio kebelakangan ini hanya menyebar berita perang. Tiada lagi alunan lagu-lagu seperti dulu.

"Dan ini adalah berita terakhir. Askar-askar jepun telah mendarat di kota bharu. Pasukan pertahanan British gagal mengekang kemaraan musuh, dan pasukan peninjau tentera british juga gagal mengesan armada kapal Jepun yang tiba di sempadan siam. Tentera british terpaksa berundur... " 📻

"Ahh.. Jepun telah mendarat di kota Bharu..?" kata Ayah Arief sendiri..

"Ya! Jepun telah mendarat di Kota Bharu." kata satu suara yang muncul tiba-tiba. Ayah Arief berpaling ke arah suara tu. Serta-merta dia bangun.

"Jangan risau, sekarang mereka berkubu di utara. Dan satu lagi akan tiba dari siam melalui kedah. Mereka masih jauh. Bertenang..." kata Lelaki itu sambil memegang seteko kopi. Dia duduk bersama ayah Arief sambil tuang kopi ke dalam cawan.

"Tu.. Tuan.." kata Ayah Arief. Lelaki tu tersenyum.

"Lama tak jumpa. Nampaknya kau kurang sihat. Mana anak derhaka kau tu.. Apa dia tak jaga kau...?" kata Lelaki tu sambil hulur kopi.

"Dia.. Dah pergi dari sini. Mungkin untuk selamanya.." kata Ayah Arief.

"Aku tak rasa yang dia tu jenis lupa daratan. Mungkin dia akan balik juga ke sini satu hari nanti." kata lelaki tu.

"Mustahil, untuk apa dia pulang lagi. Sudah tiada apa lagi disini. Ini bukan tempatnya. Tambah pula tiada sesiapa lagi disini. Sekarang dia hanya hidup sebatang kara. Lebih baik dia teruskan saja niatnya seperti dulu. Aku pun sudah tak lama pun. Ajalku bila-bila saja.." kata Ayah Arief.

"Tapi, bukankah keluarga itu masih ada. Tambah pula, apa dia tak sayang Tengku Zainal? Dia yang membesarkan budak tu. Apa dia tidak rindu pada keluarga ini..? Pasti akan pulang juga satu hari nanti. Kerana mereka, dan bukan kerana kau. Itu logik saja."kata Lelaki tu.

"Untuk apa? Hanya melihat sebuah kenangan. Lebih baik dia tak pulang. Yang ada cuma padang jarak padang terkukur. Hanya tinggalan sejarah lalu. Yang ada sebuah kesedihan. Itu pun jika nyawa masih panjang." kata ayah Arief.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now