Banyak jamung api di baling ke rumah. Tiba-tiba seseorang keluar dari tingkap. Dengan lincahnya memanjat bumbung dan membuang jamung-jamung api dari situ..
"Hah! Keluar pun kau setan!!! Turun kau! Aku ada hadiah buat setan macam kau.. Mari, turun berdepan denganku.." kata pemuda tu. Arief turun ke tanah..
"Arief, jangan. Biarkan mereka." larang ibunya.
Arief tak peduli, dia menghampiri pemuda itu.
"Berani kau berdepan dengan aku ya anak setan! Hari ini seluruh penduduk kampung akan menyaksikan kematian kau anak setan.. Temasuk mak setan kau tu hahahahahahaha..." kata pemuda tu. Arief masih diam.
"Lihatlah orang kampung. Hari ini aku akan hapuskan anak setan ini terus dari muka bumi. Hahahahaha... Rasakan ini garam galian yang ku curi dari gereja, dicampur air suci, dijemur bawah matahari di bulan safar, dicampur darah ayam hitam pada malam kliwon, dan dibakar pada senja awal muharam. Cukur ampuh menghapuskan segala setan, iblis, jin. Malah raja segala setan pun tidak mampu menahan kehebatan garam ini... Hahhahahaha mampuslah kau!! Rasakan nah! Nah!! "kata pemuda itu lalu melempar garam berwarna merah pada Arief.
Arief lindungnya dengan tangan... Pedih...
"Hahaahahahahahaha... Rasakan ni... Lihat! Lihat kalian semua... Sudah sah! Ini setan.. Anaknya setan...! Lihat! Dia kesakitan.. Apalagi, dia sudah lemah. pukul!" kata Pemuda itu.
Baru saja orang kampung mahu menghampiri..
Pang...
Pemuda itu jatuh tergolek di tampar Tok Jalak yang datang tiba-tiba...
"Aduh.. Apa ni tok?" Kata Pemuda itu.
"Sudah! Hentikan segala tomahan ini! Balik!" kata Adnan.
"Diam kau pembelot. Dia ni setan tahu tak.. Setan..! Sudah aku buktikan.. Orang kampung juga percaya.. Yakan!?" kata pemuda itu pada orang kampung.
Ya.. Ya.. Betul tu.. (balas orang kampung)
"Lihat! Lihat! Tok.. Bukalah mata Tok! Apa Tok dah kena jampi zirafah setan ni ke tok.. Saya sudah buktikan dengan garam ni Tok. Dia kesakitan.. Tok masih cuba menafikan!" kata pemuda itu. Orang kampung mempertahannya.
TOK Jalak ambil bungkusan garam tadi. Lalu di lempar pada pemuda itu..
"Aduh! Aduh! Sakit Tok! Sakit! Arh!!" kata pemuda itu mengaduh..
"Hah! Kalian semua dah nampakkan? Dia menjerit sakit.. Hah.. Apa lagi pukullah.. Setan ni... Dia dah tipu kamu semua.. Hidup dikalangan kamu semua.. Pukullah pukul.." kata Adnan pada orang kampung. Namun, mereka hanya saling pandang memandang..
"Bodoh, tak berakal.." Tok Jalak lempar semula pada seorang lagi yang berada disitu. Dia juga mengaduh..
"Apa kalian semua tidak berotak? Garam ini tajam. Layaknya seperti pasir. Jika dilempar dihadapan muka sesiapa jua akan berasa sakit. Untung saja aku tidak bunuh kalian.. Bagaimana, mahu aku lempar garam ini pada kalian.. Akan ku suruh Adnan bunuh kelain kerana punya hantu syaitan dalam diri kalian.. Hah! mahu?" kata Tok Jalak."Tapi Tok, lihatlah.. Budak Arip ini, masih muda. Kayak anak remaja. Walhal, dia seumur dengan Adnan.. Tapi.. Masih muda.. Ibunya juga sudah tua.. Abang saya juga sebaya dengannya juga sudah dewasa. Tapi dia..." kata Pemuda itu.
"Ini semua kecacatan alam. Kehendak yang maha esa. Sudah takdirnya begini. Apa kalian mampu lakukan.. Jika perkara ini terjadi pada kalian. Apa kalian rasa.. Sudah, bersurai semua..jangan diganggu lagi.. Pulang!" arah Tok Jalak.
"Arief.. Kamu baikkah.. Kan abang sudah bilang, jangan keluar rumah.." kata Adnan.. Arief tak hirau, terus saja dia ke bilik dan kunci pintu.
"herm" kata Adnan.

ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Khoa học viễn tưởngAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.