"Ed..!?" kata Olaf spontan..
"Yaww.. Apahal ni.. Sekolah untuk belajar bukan gaduh.. Haish.." kata Ed.
"Lepaslah. Kau sapa nak masuk campur. Kau ni.. Orang luarkan... Kau sekolah mana hah? Oh nanti kejap.. Aku kenal kau.. Kau la boyfriend budak Olaf ni kan..? Hohoho.. Datang nak selamatkan boyfriend la ni.. Hahahaha.. Memasing semua hipokrit! Semua gay!! Hahhahaha..." kata Gibran..
"Ed.. Apa kau buat kat sini..? Ni kan kawasan sekolah. Nanti.." kata Olaf.
"Bro.. Dah nak kena tibai dengan budak ni. Mana boleh diam. Apa guna aku kat sini..." kata Ed.
"Aku boleh handle la.." kata Olaf.
"Handle? Konon kuat la.. Belagak! Marilah.. Sini kawasan akulah!" kata Gibran.
“Apa masalah mamat ni..? Ni mesti kecil-kecik lagi dah minum susu lembu. Tu lah lain kali minum susu ibu.. Baru la sopan sikit." kata Ed.
"Kau fikir kau budak luar aku takut. Kau tak kenal sapa aku. Nah kau!" kata Gibran sambil tumbuk Ed. Tapi selamber Ed tepis.
Gibran tumbuk lagi, lagi dan lagi. Tapi dia tepis dengan tapak tangan. Tiba-tiba..
Debuk..
Satu penumbuk kena muka Ed..
"Ouuu..." Riaksi Ed sambil beri amaran pada Gibran. Gibran senyum sebelum tumbuk lagi sekali. Tapi, penumbuk di tangkap lalu tangan dipulas ke belakang seraya mengunci gerakannya.
"Aarrrh..." Gibran cuba lepas tapi gagal.
"Lepaskan aku lah sial." kata Gibran sambil meronta-ronta.
"Hentikan pergaduhan ni sekarang.. Baru aku lepas..." kata Ed.
"AARRHH! Kau kena ingat! Aku boleh adukan segalanya pada ayah aku.... Anytime je aku jahanamkan korang semua.. Tau!" kata Gibran.
"Cubalah... Aku alu-alukan. Tapi aku pun nak warning something. Kau sentuh Olaf.. Aku akan pastikan seluruh Empire Syarikat Hartanah X milik Dato' Farhan.. Jatuh muflis. Cubalah kalau berani..! Herm.. Jangan ingat aku tak kenal siapa kau.. Faham.." kata Ed berbisik ke telinga Gibran. Serta merta dia diam. Ed lepaskan dia.. Gibran pandang semua dengan perasaan tak puas hati.
"Huh.. Meluat.." kata Gibran lalu melangkah keluar kelas. Semua yang dok perhati dari tadi kembali ke kelas dan tempat masing-masing.
"Daniel.. Kau ok tak ni.. Mulut kau berdarah." kata Olaf sambil hulur sapu tangan. Ketua kelas bantu Muzamil bangun.
Daniel lap sikit mulut sebelum datang dekat pada Muzamil. Belum apa-apa, Daniel cekak baju Muzamil.
"Kau ni apasal lembik sangat hah!? Mana semangat kau masa dalam hutan dulu. Senang je kena buli dengan dia..! Dia pijak kepala kau! Masih nak diam ker..! Kau ni anak jantan ke pondan! Mana dia Muzamil yang aku kenal dulu. Muzamil yang selamatkan aku! Muzamil tolong arwah abang aku! Muzamil yang jiwa kental. Budak tu bukan sapa-sapa la..! Apa yang kau takut sangat dengan dia!!? Maruah kau dipijak! Mak bapak kau di hina..! Kau tak de rasa marah ker!? Mak bapak kau dah mati, dia hina tau tak!! Tu mak bapak kau!! Aku... Aku yang dengar... Tapi aku yang sakit... Kau dengar tak ni...!? Hah?“kata Daniel.
Muzamil just diam.. Tak kata apa.. Walau sepatah pun...
"Daniel.. Dah la tu... Janganlah marah dia.. Dia just mangsa keadaan. Aku tahulah sebab Gibran selalu buli dia.." kata Olaf.
"Sebab dia lemah la budak tu naik kepala. Apasal kau lemah sangat..! Kau ni memag dayus!" kata Daniel.
"Daniel" tegur Olaf.
![](https://img.wattpad.com/cover/332279556-288-k48510.jpg)
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.