"Ye datin, Naufal ada di rumah saya... Oh begitu.. Sebenarnya saya pun tak perasan bila dia datang. Tahu-tahu je dah ada kat sini.. Alah, datin jangan risau.. Tak ada susahnya.. Lagi pun dia rapat dengan Affie.. Eloklah, saya pun suka.. Sebab dah lama Affie tu suka menyendiri, sampai naik risau saya.. Baiklah datin.. Nanti saya beritahu dia.. " kata Datin Tengku Khaisarah.
Zup..
"Apa yang tergesa sangat diorang suruh Naufal balik?“ soal Tengku Affie yang muncul tiba-tiba. Datin Tengku Khaisarah hampir terkejut.
"Erm.. Bukan.. Datin Mila. Selalu komplen pasal Naufal selalu hilang dari rumah. Bila panggil tak menyahut.. Ketuk pintu banyak kali.. Sampai terpaksa pecah pintu. Bila buka takda orang. Kereta ada!" kata Datin Tengku Khaisarah.
"Herm.." Tengku Affie tarik rambut ke belakang. Dia pandang atas.
"Dia ni.. Tak pandai cover lah.." kata Tengku Affie. Tetiba di tarik tangan perempuan tu, dia salam dan cium sebelum ucap selamat malam..
Zup!
Sekali lagi Datin Tengku Khaisarah terkejut. Dia dah sedia maklum akan keadaan Affie sejak kali pertama berjumpa. Tapi, yang jadi keanehan, sejak kebelakangan ni, dia nampak lebih sopan..
-------------------------------------
Affie selimutkan dua orang budak yang tengah berpelukan di atas katil tanpa seurat benang pun. Nampak comel je dorang tidur. Andai kata berlaku gempa bumi sekali pun mereka takkan bangun, sebab masing-masing terlalu penat untuk mengambil tahu keadaan semasa. Dah lama dia tak guna kuasa lamanya dulu. Dia pandang budak berdua tu. Mungkin mereka takkan bangun untuk beberapa hari. Tadi masa 'lanyak' budak berdua tu serentak, dia serap tenaga diorang sampai habis.. So, akibatnya dia orang lembik tak bermaya tanpa tenaga.. Jika manusia biasa pasti dah mati.. Tapi, itu salah mereka.. Dia dah janji dengan diri sendiri yang dia takkan guna kuasa semulajadinya lagi selepas dia lakukan ke atas Muzamil lebih dua ratus tahun lalu. Tapi, hari ini..
Dia terpaksa langgar janji tu.. Untuk sembuhkan diri.. Teknik yang diorang guna tu terlalu ekstrem. Mujur kepalanya tak putus.. Dan hari ini juga, dia dapat tahu tentang kuasa ability adik dia tu.. Dia naik ke bumbung seperti biasa..
"Time manipulation.. Sesuatu yang baru.." kata Affie sendiri sambil merenung bulan.
**************************
"Dunia sekarang memang aneh.. Apatah lagi keanehan sekarang ada dimana-mana.. Munculnya juga satu persatu tanpa diduga.. Ini sangat bahaya bukan.. Tuan inspektor..?" kata orang tu. Razak jadi serius.. Kata-katanya seperti punya makna..
"Siapa awak!?" soal Razak..
"Seorang pemerhati.." kata orang tu..
"Awak jangan main-main, saya boleh tahan awak jika saya mahu.. Awak.."
"Atas sebab apa Tuan Inspektor nak tahan saya..? Jangan buang masa jika tiada sebab musabab munasabah, hanya kerana dia nampak mencurigakan, tak semestinya dia penjenayah. Jika begitulah persepsi seorang polis. Saya jamin pasti akan jahanam integriti kepolisan negara. Rakyat harus percaya dengan polis. Baru la rakyat mahu bekerjasama... " kata orang tu. Razak mengeluh berat. Walau apa pun dia masih curiga.
"Muka tu tak perlu ketat sangat la tuan Inspektor. Kita datang sini, just nak bersantai. Seperti mana yang saya katakan awal tadi. Saya suka memerhati orang untuk cari teman berbual. Biasanya saya borak tentang topik kerjaya orang tu. Baru la tak awkward. Macam mana nak borak kalau tak masuk kepala. Betul tak..?" kata orang tu.
"Jadi kalau begitu, jawab soalan saya. Siapa awak dan apa awak nak..!?" soal Razak dengan tegas. Tapi tak keras seperti sesi soal siasat penjenayah. Ikutkan hati mahu saja dia gari dan bawanya ke balai untuk soal siasat. Lagi pula dengan sikap rakan setugasnya yang gemar menyoal siasat penjenayah, amat senang jika dia serah bulat-bulat.
ANDA SEDANG MEMBACA
VAMPIRE KUNYIT
Ciencia FicciónAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
