BAB 18: Hero Kelab Kembara

108 6 0
                                    

Baaaammm!!

Semua pelajar tersentak. Masing-masing memandang arah bunyi kuat tu, namun secara tetiba semua pelajar bertempiaran kembali ke tempat duduk masing-masing.. Semua senyap seperti ada malaikat lalu.

Di pintu berdiri seorang lelaki berpakaian kemas sambil cekak pinggang. Memandang setiap wajah di dalam kelas tu. Rata-rata semua memandangnya kecuali sorang. MUZAMIL.
Dia masih pandang ke luar tingkap tanpa mempedulikan apa pun yang berlaku. Siapa yang datang langsung dia tak peduli. Lagi pun dia tahu siapa yang datang. Cikgu Ismail. Dan sorang lagi di belakangnya. Pelajar paling tinggi jawatannya dalam sekolah. Siapa lagi kalau bukan Daniel Ozoora.

"Asal takde cikgu je semua macam tikus. Tau tikus. Tikus kat dapur. Takde orang je bermaharajalela.. Bila orang datang masing-masing bertempiaran lari.. Macam kamu! Huh!!" kata cikgu Ismail.

Semua pelajar senyap tanpa sebarang suara. Masing-masing tahu cikgu Ismail garangnya bagaimana.

"Sudah dengar sini! Pihak sekolah akan mengadakan program kem perkhemahan sekolah anjuran kelab kembara. Jadi kem ni disertai oleh anggota kelab kembara. Jadi semua ahli kelab kembara diwajibkan mengikuti program ni, memandangkan penyertaan pada tahun lepas agak memberangsangkan. Tapi kita kekurangan anggota kelab, maka pada tahun inj pihak sekolah terpaksa mewajibkan anggota kelab untuk mengikuti program ini. Siapa sini anggota kelab kembara!?" soal Cikgu Ismail.

Muzamil angkat tangan. Semua pandang Muzamil termasuk Olaf.

"Oh kamu rupanya. Hero kelab kembara. Kamu takda masalah untuk ikut program nikan..? Khidmat kamu sangat diperlukan. Boleh!?" soal Cikgu Ismail.

"Takda masalah cikgu.." jawab Muzamil.

"Bagus.. Ok. Seperti saya kata semua ahli kelab kembara wajib ikut program ini. Tapi kita juga membuka kepada sesiapa yang ingin turut serta mengikuti program ini. Tak kita dari kelab mana pun. Kamu juga boleh menyertai jika berminat. Atau saja nak manimba pengalaman baru bolehlah isi nama pada borang ini. Apa pun minta kebenaran pada penjaga kamu dulu. Faham. Dan kepada ahli kelab Kembara, ada perjumpaan di kantin sekolah selepas waktu balik. Dan juga kepada yang berminat boleh turut sama berkumpul di kantin untuk maklumat lanjut. Kem perkhemahan ini akan di adakan minggu depan. Borang hendaklah dihantar dengan kadar segera. Sebelum khamis. Sekian. Itu saja. Daniel, edarkan borang.." arah cikgu Ismail.

"Kamu, jangan lupa lepas tamat sekolah.." arah Cikgu Ismail pada Muzamil.
"Mari Daniel.." arahnya pada Daniel. Daniel beri isyarat 'jangan lupa' pada Muzamil.

"Ok. Sape nak join meh isi borang" kata ketua kelas. Muzamil macam biasa hadap tingkap. Mengelamun.

* * *

"Ok.. Perhatian kepada semua ajk kelab kembara, sila berkumpul di depan. Ada sedikit perbincangan.

Olaf yang baru tiba terpinga mencari ruang. Apatah lagi semua yang berada di situ dia langsung tak kenal. Dia ambil tempat di hujung meja dekat balakang sekali. Bosan pulak dia sorang-sorang kat situ. Kata Muzamil ahli kelab kembara, dan katanya wajib hadir tapi bayang dia pun tak nampak. Hermm..

"Aip!! Sorang je?" sapa seseorang buatnya sedikit terkejut bila bahunya ditepuk tiba-tiba. Dia toleh ke belakang..

"Oh.. Kau Daniel.." kata Olaf.

"Haha.. Sorry wat kau terkejut.. Btw kenapa kau kat sini. Kau sorang je ke..? Mana Muzamil..?" soal Daniel.

"Haha.. Kau cakap apa nie.. Kan kata kalau nak tahu info pasal program ni kena datang sini. So.. Aku datang la sini.." jawab Olaf.

"Oh.. Lupa pulak.. So kau berminat nak join la nie.. Hehe.." soal Daniel.

"A'ah.. Macam best je.. Lagi pun aku teringin jugak nak rasa suasana hutan Malaysia.." kata Olaf teruja.

VAMPIRE KUNYITWhere stories live. Discover now